Seni & Sukan 09 Oct, 2022

Liga Super 2022: Selangor FC, Tan Cheng Hoe teruskan rentak kemenangan! Tewaskan PJ City FC, 1-0!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


SELANGOR FC meneruskan rentak kemenangan apabila menjadikan Petaling Jaya (PJ) City FC mangsa terbaharu mereka apabila mencatat kemenangan 1-0 dalam saingan Liga Super 2022 yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada malam 7 Oktober 2022. 

Selangor yang dikendalikan oleh bekas pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe ternyata mempamerkan permainan lebih baik daripada sebelum ini dan kehadiran jurulatih ini telah memberikan sinar baharu buat pasukan


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan jurulatih Tan Cheng Hoe


Kedua-dua pasukan sudah pasti ingin kemenangan kerana kedudukan liga sangat penting dan ia akan menentukan siapa mereka pada peringkat kalah mati saingan Piala Malaysia nanti.  

PJ City yang peroleh kemenangan sebelum ini hampir mengikat gergasi merah kuning ini namum kelekaan barisan pertahanan pada penghujung permainan membuat mereka terpaksa berputih mata. 

Dalam perlawanan tersebut, kedua-dua pasukan sering mencipta peluang dan mempunyai peluang terbaik tetapi masih gagal menjelmakan jaringan. 

Selangor akhirnya peroleh jaringan minit ke-81 untuk berada di depan selepas Danial Asri yang menanduk masuk bola hantaran cantik daripada pemain muda, Mukhairi Ajmal Mahadi. 

PJ City hampir menyamakan kedudukan di minit-minit akhir perlawanan namum percubaan lemah dari pemain PJ City memudahkan tugas penjaga gol Selangor. - KitaReporters


Kredit foto-foto: FB SELANGOR, MFL 

13
15
0
6
0
You will be interested