Seni & Sukan 20 Sep, 2022

Warga emas 73 tahun bersembunyi di siling rumah! Elak dicekup khalwat dengan wanita berumur 40-an!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

Kredit foto-foto; Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK)


HASRAT seorang warga emas berusia 73 tahun bersembunyi di atas siling bagi mengelak dirinya dicekup tidak kesampaian apabila dia ditangkap khalwat berduaan bersama seorang wanita berumur 40-an oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK) pada pukul 11.45 malam pada Khamis 15 September 2022.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kisah berkhalwat

Seorang warga emas sedang bersembunyi (bulatan biru) di atas siling rumah ketika diserbu oleh BPUS JAHEIK pada 15 september 2022. - Kredit foto: JAHEIK


Dalam kejadian yang berlaku di sebuah rumah di Kota Bahru, Kelantan, pasangan terbabit diserbu oleh Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah (BPUS) JAHEIK semasa Ops Banteras untuk mencegah maksiat sempena sambutan Hari Malaysia 2022.

Namun, selepas pintu rumah itu dibuka oleh wanita berkenaan, anggota BPUS mendapati warga emas berkenaan sedang bersembunyi di atas siling rumah berkenaan.
Mereka kemudian ditahan untuk siasatan selanjutnya.
Ketua Penolong Pengarah BPUS JAHEIK, Mohd Fadzuli Mohd Zain berkata, warga emas terbabit mendakwa dia ke rumah wanita itu untuk mengutip sewa rumah.
Beliau berkata, warga emas terbabit sanggup memanjat tiang untuk bersembunyi di atas siling namun perbuatannya dapat juga dikesan selepas petugas BPUS membuat pemeriksaan di rumah itu.

Kredit foto: JAHEIK


Menurutnya, dalam operasi yang sama di sebuah hotel bajet di Kota Bahru, pihaknya juga berjaya menahan lima individu berumur 20 an termasuk dua pasangan pelajar kolej pada pukul 5.10 pagi ,16 September 2022.
"Pasangan pelajar itu mendakwa mereka berada di hotel itu untuk membuat tugasan berkumpulan yang diberikan oleh pensyarah mereka.
"Sebelum itu, anggota BPUS terpaksa menunggu lebih 30 minit sebelum pasangan itu membuka pintu bilik yang didiami di hotel berkenaan," katanya.
Mohd Fadzuli berkata, semua pasangan terbabit ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 59 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan Bil (1) 2019. - KitaReporters


Kredit foto-foto: JAHEIK

11
11
0
19
0
You will be interested