Seni & Sukan 27 Sep, 2022

Filem Harum Malam ditayang di festival luar negara dulu! Tayangan di Malaysia hanya pada Jan 2023!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com.

Share this

Dain Said (tengah) bersama Idan Aedan (kiri) dan Remy Ishak serta Bront Palarae di set penggambaran 'Harum Malam'.


BELUM pun ditayangkan di negara tumpah darahnya sendiri, karya terbaharu, ‘Harum Malam’ daripada Pengarah Filem Terbaik Anugerah Skrin 2018 bagi filem ‘Dukun’, Dain Iskandar Said sudah pun mendapat tayangan perdana antarabangsa di 'Fantastic Fest' pada bulan September 2022.

Ia ditayangkan di bawah judul ‘Blood Flower’ pada 'Fantastic Fest' berkenaan iaitu sebuah festival filem bercorak “genre” (seram, fantasi) yang terbesar di Amerika Utara, yang berlangsung di Austin, Texas pada 22-29 September 2022.

Filem-filem lain yang pernah ditayangkan pada festival filem tersebut adalah seperti filem Spilt (2016), arahan M. Night Shyamalan dan There Will Be Blood (2007) arahan Paul Thomas Anderson.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan filem-filem Melayu


Malah pada pertengahan bulan Oktober 2022 ini pula, ‘Harum Malam’ atau ‘Blood Flower’ akan mendapat tayangan perdana Eropah di 'Sitges Film Festival', Sepanyol, sebuah festival filem yang mengetengahkan filem-filem seram dan fantasi dari seluruh dunia. 

Filem-filem mashyur yang pernah ditayangkan di sana termasuklah filem 'Pulp Fiction' (1994), arahan Quentin Tarantino, dan 'Arrival' (2016), arahan Denis Villenueve. 

Festival Filem Sitges ke-55 dijangka berlangsung  dari 6 hingga 16 Oktober depan di Barcelona, Sepanyol.

Di pasaran antarabangsa, 'Harum Malam' dikendalikan oleh pengedar filem dari Paris, Reel Suspects, manakala XYZ Films dari Amerika Syarikat pula mewakili filem ini di pasaran Amerika Utara.



Dan bagi warga Malaysia, anda hanya berpeluang menonton filem bergenre seram ini apabila ia ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula pada 9 Februari 2023 tahun depan.

Filem terbitan Apparat ini akan buat pertama kalinya bekerjasama dengan D’Ayu Pictures serta Skop Productions bagi mengendalikan pengedarannya di Malaysia, SIngapura, Brunei dan Indonesia.

'Harum Malam' berkisarkan pergelutan hidup Iqbal, seorang remaja dan pelatih perubatan tradisional yang mampu meihat makhluk yang ghaib pada mata kasar manusia. 

Keupayan luar biasa ini mengakibatkan Iqbal sering diganggu makhluk dan ancaman dari dunia alam ghaib sehingga sukar untuk Iqbal membezakan antara realiti dan ghaib. 

Satu peristiwa telah menyebabkan rakan-rakan dan keluarga Iqbal terdedah dengan makhluk ghaib yang amat berbahaya. Tanpa mempunyai pilihan, Iqbal terpaksa menggunakan kebolehan istimewanyai untuk melawan makhluk tersebut. 



Dibintangi  Bront Palarae, Remy Ishak, Nadiya Nissa, Nabila Huda, Amanda Ang, Joey Daud dan Faizal Hussein, filem ini juga memperkenalkan bakat-bakat muda yang menyinar seperti Idan Aedan, Arnie Shasha dan Angelica Petra

“Kali terakhir saya mengarahkan filem seram adalah 'Dukun' pada tahun 2006. Kini, saya tak sabar untuk filem 'Harum Malam bertemu dengan penonton filem tempatan, terutamanya peminat filem seram, pada bulan Februari tahun depan,” ujar Dain Said.



Untuk rekod, filem sulong arahan Dain, ’Dukun’ lakonan Umie Aida, yang turut memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik FFM30 (2019), hanya dibenarkan tayangannya pada 5 April 2018 selepas 12 tahun ia diterbitkan atas beberapa kontroversi melibatkan perundangan namun selepas mendapat tayangan, ia adalah antara 5 filem pecah panggung bergenre seram di Malaysia.

Seperti yang semua maklum, ‘Dukun’ berdasarkan kes pembunuhan berprofil tinggi yang melibatkan ahli politik dan wanita  bernama Mona Fandey yang pernah menggemparkan negara pada tahun 1993. 

Bagaimana pula sambutan terhadap ‘Harum Malam’ kelak, mungkinkah pecah panggung lagi waima Dain Said memang terkenal sebagai pengarah berkaliber dengan karya bermutu tinggi? - KitaReporters


14
16
0
12
0
You will be interested