Seni & Sukan 30 Mar, 2025

Video| Kongsi Rezeki: Tahfiz Berselawat! Bigo Live rai pelajar tahfiz, kanak-kanak pesakit kanser!

@ketua editor
Ketua Editor KitaReporters.com... Boleh hantar emel kenyataan media atau berita dan story ke kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this

.


Bigo Live, sebuah platform penstriman langsung global terkemuka, menzahirkan komitmen terhadap semangat memberi dan kebersamaan dengan tampil sebagai rakan dan penyokong Program Kongsi Rezeki: Tahfiz Berselawat 2025. 

Inisiatif yang diterajui selebriti tempatan, Putra Amaris, ini bertujuan membantu meringankan beban kanak-kanak yang memerlukan, di mana hasil sumbangan program disalurkan kepada Maahad Tahfiz Misbahul Falah Keramat yang menyediakan pendidikan tahfiz, serta Adina Charity Circle yang menyokong rawatan perubatan untuk kanak-kanak pesakit kanser. 

Sebagai sebahagian daripada sokongan ini, Bigo Live telah menghimpunkan para pencipta kandungan tempatan untuk menyebarkan kesedaran, menyuntik kegembiraan dan menyantuni komuniti. 

Seramai 10 hos Bigo Live turut serta dalam pelbagai aktiviti program termasuk majlis iftar komuniti, di mana mereka berinteraksi mesra dengan anak-anak tahfiz dan mengagihkan duit raya dalam suasana penuh kasih dan makna. 

Para hos ini turut menyumbang kepada program dengan menyertai rakaman istimewa “Takbir Raya” yang akan ditayangkan sempena sambutan Aidilfitri, menambahkan lagi kemeriahan hari raya dengan elemen penuh makna dan keikhlasan. 

Selain penglibatan aktif para hos, Bigo Live turut menyumbangkan sebanyak RM12,000 kepada Program Kongsi Rezeki sebagai sokongan terhadap pelbagai inisiatif kebajikan yang memfokuskan kepada kesejahteraan kanak-kanak.



“Ramadan adalah masa untuk refleksi yang mendalam dan mempererat hubungan sesama kita. Kami komited untuk memainkan peranan dalam menyemai semangat kebersamaan dan amalan memberi, lebih-lebih lagi menjelang hari raya. 

"Bersama pencipta kandungan dan pengguna kami, kami menyemarakkan semangat ini melalui acara kebajikan secara dalam talian dan luar talian, serta menggalakkan masyarakat untuk turut serta demi mencipta impak yang lebih besar dan positif,” kata jurucakap Bigo Live Malaysia. 

Sebagai sebuah platform penstriman interaktif dan selamat, Bigo Live menyediakan pelbagai peluang kepada pencipta kandungan tempatan untuk memperluas jangkauan serta menyumbang semula kepada komuniti melalui aktiviti bermakna. 

Di Malaysia, Bigo Live secara konsisten menganjurkan pelbagai acara tempatan dan serantau seperti pertandingan dalam aplikasi, siaran langsung berbilang hos serta persembahan muzik dalam dan luar talian, bagi memperkukuh hubungan dengan pengguna. 

Tahun lalu (2024), Bigo Live telah menganjurkan kempen kebajikan “Riang Ramadan Raya” yang menampilkan “Sing For Charity” Music Livehouse – sebuah persembahan langsung oleh pemuzik dan artis tempatan yang menyampaikan lagu-lagu raya kegemaran mereka secara langsung. 

Seramai 12 pencipta kandungan daripada agensi terbaik kempen ini telah membawa 47 pelajar dari Pertubuhan Kebajikan Asnaf Al-Barakh untuk sesi membeli-belah Baju Raya di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur. 

Bigo Live turut menyumbangkan sebanyak RM8,500 kepada pertubuhan tersebut dalam bentuk dana duit raya serta sepasang baju raya baharu untuk setiap pelajar. - KitaReporters/Kenyataan Media


10
13
0
17
0
You will be interested