Seni & Sukan 27 Sep, 2023

Salah Amir Raja Lawak? Peniaga keluh, jualan air balang jatuh! Anak tak makan! Pelanggan tetap lari!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

Selain berlakon, Amir juga seorang peniaga air jagung yang diberi nama Air Jagung Amirreka.


Andai percaya rezeki itu datangnya daripada Allah SWT, pasti perkara ini tidak akan berlaku. Biar beribu-ribu pun persaingan dalam perniagaan, andai sudah rezeki, ia tetap mendekat. Begitu juga sebaliknya.

Sama-samalah mencari dan berkongsi rezeki. Tidak kira sama ada orang tersebut dikenali ramai atau tidak, ia tidak menjanjikan apa-apa. Ada golongan artis terkenal mencuba nasib dalam perniagaan namun rezekinya tiada dalam bidang tersebut kerana rezeki itu datangnya daripada Yang Maha Esa.

Kita sebagai manusia, berusaha dan jangan berputus asa. Jangan mudah menuding kepada orang lain apabila kita tiada atau kurang rezeki pada hari itu. Jadikan perkara tersebut sebagai penguat semangat untuk lebih berusaha.



Apa yang berlaku ke atas pelawak popular, Amir Raja Lawak boleh dijadikan pengajaran. Pelawak yang kini peniaga air jagung, mendedahkan dalam Instagramnya bahawa dia mendapat mesej daripada seorang individu yang menuduhnya sebagai punca pendapatan peniaga-peniaga air balang jatuh.

Pada mulanya, individu terbabit meminta Amir tidak mendedahkan hal ini kepada umum. Namun, sebagai orang yang dikenali dan merasakan dakwaan tersebut agak melampau, Amir mendedahkannya.



“Assalamualaikum. Minta maaf kepada peniaga air di sekitar Taiping dan Kamunting terutama peniaga air balang sekiranya kehadiran saya menyinggung anda semua.

“Harap pelanggan tetap itu teruslah menyokong peniaga-peniaga jalanan yang anda biasa berurusan. Saya datang berniaga di Taiping dan Kamunting inipun santai-santai je. Tiadalah nak tekan buat sale sangat. 

"Sebenarnya sambil bantu sahabat lama saya untuk promosi kedai dia di sini. Dia lagilah struggle sebab overhead yang ditanggung terjejas. Sayapun ada kerja lain juga nak selesaikan di sini dengan sahabat saya ni. Sebab itu saya datang sini.

“Rata-rata peniaga sekarang ni semuanya terkesan. Saya harap janganlah letak kesalahan 100% kepada saya. Lagipun saya datang berniaga di sini sekejap sahaja sehingga hari Sabtu 30 hari bulan ni.

“Didoakan agar segala urusan kita semua dipermudah dan dilimpahkan rezeki selalu, amin. Saya pos walaupun dia minta tak viralkan sebab tiada detail, nama dan gambar dia pun,” jawab Amir.


Achey mempersoal tuduhan invidu terbabit.


Sementara itu, rakan-rakan artis dan peminat turut memberi kata-kata sokongan kepada Amir supaya tidak terkesan dengan perkara tersebut.

“Itu baru Amir. Kalau karnival atau expo ada kat Taiping 10 hari, suruh karnival tu tutup ke kak?” soal pelawak terkenal Achey.

Manakala seorang netizen memberi pendapat soal rezeki itu datangnya daripada Allah SWT. Setiap orang sudah ditetapkan rezeki masing-masing.

“Rezeki tu Allah SWT punya. Cuba tengok dalam pasar? Berlambak orang jual ikan, ayam, dan sayur. Tapi masih juga ada pembeli. Kenapa, sebab rezeki masing-masing sudah ada.

“Kalau kita rasa sales kita kurang, cari jalan macam mana nak naikkan. Di luar sana banyak bisnes yang sudah up and moving forward (walaupun foundernya bukan dalam kalangan artis macam Amir). Macam mana up? Strateginya mantap. Strategi harga, marketing, rasa, lokasi dan sebagainya.

“Dalam Taiping tu bukan ada 10 orang sahaja sampai terjejas bisnes orang lain sebab Amir datang. Fikir logik, air semua orang minum. Tiada orang tak minum air. Tapi kenapa awak jual air orang tak beli? Cuba fikir macam mana nak up selain daripada fikir salahkan orang.

“Tengok Fazura tu, walaupun tudung dia jual laku keras, bisnes tudung orang lain masih rancak berjalan dan tiada isu pun. Sedangkan air dan tudung, rasanya lebih banyak pembeli air. Fikir dan renung-renungkan,” tulis netizen tersebut.


Benar, rezeki itu datangnya daripada Allah SWT. Tidak perlu salahkan orang lain.


Benar, rezeki sudah ditetapkan oleh Allah SWT. Jangan mudah putus asa dan letakkan kesalahan kepada orang lain andai rezeki kita berkurang atau tiada. Usaha dan terus berusaha walaupun 10 kali gagal. - KitaReporters

9
14
0
13
0
You will be interested