SELALUNYA apa sahaja yang terjadi kepada kita pasti ada hikmahnya yang tersembunyi, tak salah untuk membantu orang lain agar rezeki selalu dimurahkan dan segala urusan dipermudahkan.
Tular kisah seorang pemandu lori yang menceritakan kisahnya sendiri membantu orang yang memerlukan di jalan raya kerana masalah tayar pancit.
Lagi
Kisahnya apabila beliau bertemu dengan penunggang motosikal yang dalam perjalanan dari Kajang menuju ke Teluk Panglima Garang di lebuh raya SKVE menuju ke sebuah bengkel untuk interview (temu duga) kerja.
Dikatakan tayar motosikal penunggang motosikal ini telah pancit menyebabkan dia terpaksa turun dan menolaknya sepanjang lebuh raya. Pemandu lori ini atau lebih dikenali sebagai Pak Man menolongnya.
“Hari ini jumpa lelaki India ini dekat lebuh raya SKVE dari Kajang nak pergi Telok Panglima Garang nak pergi cari kerja.
"Kawan dia panggil suruh datang interview kerja foreman. Tiba-tiba dia diuji motor bermasalah, tayar pancit dengan keadaan duit pun tak banyak rasanya la.
“Saya nak tolong repair tayar dia, dia asyik tanya pasal harga cas repair berapa. Jangan risau kawan semua. Free je saya tolong,” kata Pakman.
Rata-rata warga maya yang melihat video ini sangat menyokong tindakannya dan mengucapkan terima kasih kerana menolong mereka yang dalam kesusahan.
Tambah Pakman lagi, beliau sudah lama membuat kerja-kerja ini (membantu baiki tayar kenderaan pancit).
Jika ternampak beliau berhenti menghampiri, beliau menyatakan jangan risau kerana tiada sebarang caj dikenakan untuk membantu baiki tayar kenderaan itu.
Bukan itu sahaja, beliau semua orang mendoakan beliau agar mendapat cahaya mata yang soleh dan solehah. - KitaReporters