Seni & Sukan 13 Dec, 2022

Video| Artis lama, bakat baharu bergabung tentukan juara The Last Trio Standing! Mulai 17 Nov 2022!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this

Dari Atas kiri: AG Coco, Tomok, Mawi Masdo, Syamimi Makhetar (pendatang baharu) dan Sophia Liana.


TIADA yang lama, tiadalah yang baharu. Begitulah persepsi yang sering kali menjadi kata bual ramai waima tak timbullah pepatah yang berbunyi ‘siapa yang lebih dahulu makan garam’.

Pun begitu, apabila muzik merentasi jurang generasi dan genre dengan gabungan antara yang lama dan baharu bayangkan betapa hebatnya lagu-lagu yang bakal dihasilkan? Mungkinkah begitu?


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pertandingan menyanyi



Sehubungan itu, sebagai perintis kepada rancangan-rancangan hiburan terbaik di Malaysia sekali gus memegang reputasi selaku penggerak industri kreatif, Astro sentiasa menjana idea-idea baharu untuk menyemarakkan industri hiburan tempatan.

Lantas ‘The Last Trio Standing’ (TLTS) dilahirkan dengan kepercayaan bahawa muzik mampu merapatkan jurang antara generasi-generasi pemuzik yang ada di negara kita,” ujar Norzeha Mohd Salleh, Ketua Saluran Astro Ria  (gambar bawah) ketika mengumumkan rancangan muzik realiti terbaharu Astro, ’The Last Trio Standing’ .



‘TLTS’ memaparkan kombinasi komposer, pemuzik dan penyanyi yang terdiri daripada mereka yang sudah gah dalam industri hiburan bersama-sama dengan mereka yang baru mencari ruang untuk mengembang bakat-bakat mereka dalam persada ini. 

“Dengan menggabungkan mereka dalam sebuah trio, bakat yang baharu boleh mempelajari pelbagai ilmu daripada mereka yang sudah kecapi sukses serta mengambil peluang untuk mendapatkan komen-komen konstruktif daripada juri-juri profesional kami,” tambah Norzeha.

Bakal bersiaran secara eksklusif selama 8 minggu pada setiap hari Sabtu, jam 9.00 malam mulai 17 Disember 2022 di saluran Astro Ria

Antara 30 nama-nama yang bakal bertanding menerusi ‘TLTS’ adalah Lah Ahmad, Cat Farish dan Azan dari kumpulan Ruffedge, Masdo, Tomok, Tam Spider, Altimet, Ag Coco, Amir Jahari, Ara Johari,  serta nama-nama baharu seperti Malik Abdullah, Fidi, Syahmi Irfan dan Manzack

“Trio-trio yang bertanding memang hebat-hebat belaka. Bayangkan Altimet digabungkan dengan Malik Abdullah, seorang rapper muallaf yang boleh berbahasa dengan fasihnya dalam Bahasa Melayu, Inggeris dan Kantonis. Mereka pula digandingkan dengan Sophia Liana dari kumpulan DeFam, “ Norzeha membayangkan.

Menurutnya, kepelbagaian genre menjadi nadi utama program, umpamanya, penyanyi bersuarakan R&B, Lah Ahmad digandingkan pula dengan penyanyi baharu yang menyanyikan lagu-lagu dangdut, Erin CTJ serta penyanyi dan pengubah lagu, Asfan Shah.

“Ada pula yang terus menukar bidang profesion secara langsung seperti Syahmi Irfan yang dahulunya seorang pemain badminton junior negara yang kini mengejar minatnya dalam bidang seni. Dia pula digandingkan dengan komposer popular, Hafiz Hamidun dan penyanyi Asmidar yang turut merupakan seorang guru dalam seni persembahan di Aswara,” sambung Norzeha.


Dari atas kiri: Hafiz Hamidun, Cat  Farish, Asfan Shah, Afif Tirmizie dan Zimie Sofarz.



Sepuluh kumpulan trio bakal bertanding pada musim pertama ‘TLTS’  di mana setiap minggu, kumpulan trio ini dikehendaki untuk mengolah semula sebuah lagu popular yang akan dijadikan cover song, manakala menggubah sebuah lagu baharu bersama. 

Setiap tugasan yang diberikan adalah bersandarkan tema mingguan yang ditetapkan. Namun trio ini hanya perlu menyanyikan salah sebuah lagu yang disediakan oleh mereka. 

Lagu yang bakal dinyanyikan akan ditentukan oleh sebuah kumpulan juri yang dipanggil Squad Elite yang akan menonton VT menunjukkan snippet lagu-lagu mereka. 

Dalam masa 30 saat, Squad Elite yang terdiri daripada personaliti-personaliti tersohor industri hiburan ini harus memilih lagu yang akan dinyanyikan. 

Antara muka-muka yang membarisi Squad Elite adalah Aina Abdul, Syamel, Datin Alyah, Norman Hakim, Hazama, Sherry Alhadad, Scha Alyahya, Erra Fazira, Black dan ramai lagi.

Setiap persembahan akan diadili barisan juri yang terdiri daripada tiga individu ternama dari industri hiburan. 

Panel juri tetap terdiri daripada komposer and penggubah lagu terkenal, Ajai dan Jennifer Thompson dan disertai seorang juri undangan setiap minggu termasuk Dato’ M.Nasir, Datuk Syafinaz Selamat, Dato Yusry Abdul Halim, Dato Siti Nurhaliza, Dato Norman Abdul Halim,  Dato Hattan, Dato Acis dan Misha Omar, manakala pengacara tersohor, Awal Ashaari dan penyanyi popular, Zizi Kirana akan mengemudi ‘TLTS’ sebagai pengacara. 

Trio yang memperoleh markah yang terendah akan disingkirkan.

Trio juara akan menerima wang tunai RM100,000, trio naib juara pula menerima RM25,000 dan trio tempat ketiga akan menerima RM15,000. Manakala trio yang berada pada tempat keempat dan kelima akan menerima trofi sementara pemenang trio mingguan akan menerima RM10,000

Siapa agaknya akan menjadi Trio Juara pada musim pertama ini? - KitaReporters


Jennifer Thompson, Ajai dan Siti Nurhaliza.

14
18
0
10
0
You will be interested