HASRAT Indonesia ingin mengejutkan Vietnam tidak kesampaian apabila tewas 0-2 secara agregat kepada tuan rumah dalam aksi separuh akhir kedua Piala AFF 2022 yang diadakan di Stadium My Dinh pada 9 Januari 2022
Bermain di halaman sendiri ternyata memberi kelebihan buat Vietnam apabila dapat bermain lebih baik berbanding di Jakarta sebelum ini.
Lagi
Skuad kendalian Park Hang-seo tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan apabila Nguyen Tien Linh memberi kelebihan buat tuan rumah seawal minit ke-3.
Indonesia cuba mengawal dan melancarkan kembali serangan untuk mendapatkan jaringan namun Vietnam begitu bagus di tempat sendiri.
Dengan keadaan padang tidak begitu baik, menyukar permainan skuad Garuda namun tidak bagi tuan rumah apabila begitu selesa dalam bermain hantaran pendek.
Bermula babak kedua, penyerang tinggi lampai Vietnam terus mencuri tumpuan apabila meledak jaringan kedua pada minit ke-47 untuk mengukuhkan kedudukan 2-0.
Indonesia yang tertinggal dua jaringan terus melakukan pertukaran pemain dalam usaha untuk merapatkan kedudukan.
Kemasukan pemain baharu memberi ancaman lebih kepada Indonesia namun setiap kali menyerang, mereka terlalu mudah hilang bola.
Anak didik Hang-seo juga ada beberapa peluang terbaik untuk menambah jaringan tetapi penjaga Indonesia berjaya menafikannya.
Meskipun Sang Garuda terus meningkatkan serangan namun ia sudah terlambat untuk menghentikan kemenangan Vietnam sekali gus mara ke perlawanan akhir.
Juara kali Piala AFF ini akan menunggu pemenang antara Thailand atau Malaysia untuk perlawanan akhir pertama di Vietnam pada 13 Januari 2022 ini. - KitaReporters