Seni & Sukan 28 Dec, 2022

Video| Piala AFF 2022: Keputusan kontroversi pengadil musnahkan impian Malaysia! 0-3 lawan Vietnam!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


HASRAT Malaysia untuk mengutip mata tidak kesampaian apabila tewas 0-3 kepada Vietnam dalam aksi peringkat kumpulan Piala AFF 2022 di Stadium My Dinh. 27 Disember 2022.

Namun paling mencuri tumpuan adalah pengadil dari Jepun, Ryuji Sato yang melakukan beberapa keputusan kontroversi termasuk menghadiahkan sepakan penalti kepada tuan rumah. 

Kekalahan ini menyebabkan Malaysia jatuh di tangga kedua dan wajib menang dalam perlawanan terakhir bagi menjamin tempat di separuh akhir


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perlawanan Piala AFF


Dalam perlawanan tersebut, Nguyen Tien Linh meledak tuan rumah di hadapan 1-0 pada minit ke-29 namun tidak lama selepas itu, pemain mereka Nguyen Van diarahkan keluar padang selepas menerima kad kuning kedua. 

Kelebihan ini digunakan sebaik mungkin dan terdapat dua peluang terbaik namun penjaga gol Vietnam lebih cemerlang untk menafikan percubaan terbaik dari pemain Malaysia. 

Bermula babak kedua, pada awal perlawanan agak seimbang namun semuanya berubah selepas pengadil memberi sepakan penalti. 

Ia dipercayai pemain pertahanan negara, Azam Azmi melakukan kekasaran kepada pemain Vietnam. Ini menyebabkan Azam menerima kad merah terus dan diarahkan keluar padang.   

Penalti itu disempurnakan dengan baik oleh Que Ngoc Hai untuk mengandakan kedudukan pada minit ke-64.  



Permainan Malaysia pula goyah dan tidak fokus selepas insiden tersebut. Kesilapan demi kesilapan mudah mula dilakukan oleh pemain Harimau Malaya. 

Nguyen Hoand Duc melengkapkan kemenangan buat Vietnam di halaman sendiri pada minit ke-83. 

Vietnam akan terbang ke Singapura untuk perlawanan ketiga mereka. Malaysia pula akan menunggu Singapura pada 3 Januari 2023 nanti untuk membuat perhintungan terakhir. - KitaReporters


9
15
0
15
0
You will be interested