Seni & Sukan 19 Aug, 2022

Video| Konsert tengah malam Havoc kembali! Kini lebih havoc! Sapu 3 negeri menjelang akhir tahun!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this

Antara barisan artis yang terlibat - Yonnyboi, Kugiran Masdo dan Floor 88. - Kredit Foto: FAS


MENJELANG empat bulan lagi berlabuhnya tirai tahun 2022, sebuah lagi konsert yang lebih havoc selaras dengan namanya ‘Havoc Midnight Concert & Food Festival’ (Festival Makanan dan Konsert Tengah Malam Havoc) bakal bermula di Shah Alam, Selangor pada 3 September 2022, sebelum menjelajah ke dua buah negeri lain meliputi Melaka dan Johor Bahru.

Anjuran Havoc Event & Management Sdn Bhd (Havoc) atau lebih popular sebagai Havoc Food Festival sebelum ini, ia membariskan penyanyi dan kugiran  yang menjadi kegilaan anak-anak muda seperti Yonnyboi, K-Clique, Kugiran Masdo, Noh Salleh, Floor 88 dan Zynakal.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan konsert-kosert



Lokasi pertama yang akan dihavockan akan berlangsung di Dataran Karnival Shah Alam, Selangor selama dua malam berturut turut iaitu pada 3 dan 4 September 2022 ini. 

“Ini merupakan anjuran Havoc kali ke-6 sebagai memeriahkan industri hiburan yang sudah lama tergendala kerana pandemik COVID-19 yang melanda dunia. 

"Inilah masanya peminat dapat melihat persembahan ‘gila’ artis-artis terbabit di dalam satu panggung,” ujar Dat Firdaus Nadxaman selaku Ketua Pegawai Eksekutif Havoc Event & Management Sdn Bhd ketika ditemui pada majlis pelancaran ‘Havoc Midnight Concert & Food Festival’  yang berlangsung di Panggung Asia, Gombak, pada Khamis,18 Ogos 2022. 

Pelancaran disempurnakan bersama Syed Yahya Syed Othman (gambar bawah, baju batik hijau) selaku Pengarah Kanan Bahagia Perancangan Strategik Tourism Malaysia. 

Turut hadir menandatangani  poster pelancaran terdiri dari Yonnyboi, Kugiran Masdo, Kumpulan Floor 88 dan pelakon Zarina Zainuddin sebagai salah seorang artis yang akan terlibat dalam jualan makanan. 



Menurut Firdaus, sejumlah 179 gerai akan didirikan pada harga antara RM2,000 hingga RM3,000 di mana antaranya 18 gerai telah ditempah untuk barisan artis berniaga.

“Sehingga ini lebih kurang 90% tempahan telah diterima dan kami masih membuka peluang kepada peniaga yang berminat untuk bersama Food Festival yang berlangsung serentak pada hari konsert,” tambah Firdaus.

Selain menjamu selera dengan pelbagai makanan mahu pun berpeluang bergambar dengan artis-artis yang mengambil bahagian, peminat boleh menyaksikan persembahan pemuzik idola mereka pada pukul 10 sehingga 12 malam dengan pilihan harga tiket bermula dari RM69 untuk Early Bird di Normal Zone (haerga biasa RM79) RM109 (Early bird) di Rock Zone (harga biasa RM119), Combo Rock Zone RM199 dan Combo Normal Zone dengan harga RM120. 

Kesemua tiket boleh dibeli melalui www.ticket2u.com


Pelancaran menandatangani kad konsert disempurnakan Syed Yahya Syed Othman (kiri) sambil disaksikan bersama Dat Firdaus Nadxaman dan barisan artis terbabit. - Kredit foto: Balqish.


Paling menarik, jika anda terlepas menyaksikan persembahan di Shah Alam pada 3 dan 4 September ini, Havoc Midnight Concert dengan barisan penghibur yang sama akan menemui anda di MITC Melaka pada 4, 5 dan 6 November 2022 depan. 

Selanjutnya, barisan pemuzik yang cukup berkaliber dan punya banyak peminat daripada pelbagai lapisan masyarakat ini akan menutup karnival Havoc di Johor Bahru. 

Malah lebih mengujakan, 'Havoc Midnight Concert' ini akan melabuhkan tirai jelajah pada dua malam terakhir sebelum 2023 menyapa dunia iaitu pada 30 dan 31 Disember, sekali gus meraikan kedatangan tahun baharu - 1 Januari 2023

Havoc Midnight Concert di selatan negeri ini akan berlangsung di Padang B Plaza Angsana, Johor Bahru



“Ini akan menjadi sebuah festival muzik yang tidak akan dilupakan bukan sahaja oleh peminat-peminat industri muzik tempatan. Bayangkan dari genre muzik Masdo sehingga hip hop dan rap mantap K-Clique sehingga dendangan legenda, Noh Hujan, semuanya akan anda nikmati pada satu malam,” akhiri Firdaus.

Jadi bagi fans rockers, rappers atau pun hip hop, jangan sampai terlepas kerana ada tiga venue yang menanti anda untuk dihiburkan. 

Tepuk dada tanya selera, nak pergi jauh ke atau dekat. 

Kalau di Melaka atau Johor Bahru menjadi pilihan, bolehlah kira balik kampung sekali sebelum tahun baharu ya tak, sambil makan Assam Pedas asli di Melaka atau Soto Ayam mahu pun Otak-Otak  dipinggiran Selat Tebrau! - KitaReporters


Firdaus (kanan) bersama Syed Yahya pada majlis pelancaran Konsert HAVOC. - Kredit foto: Zaman.

15
16
0
12
0
You will be interested