Seni & Sukan 26 Dec, 2023

Video| SRK tetap juara! Terkaya dan filem-filem terlaris 2023! Ada anak-anak kacak, cantik, comel!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this


Shah Rukh Khan and Gauri posed with kids for another blockbuster frame, fan calls it 'Hamari Pathaan family'


DATUK SHAH RUKH KHAN - Datin Gauri Khan menutup tirai industri Bollywood untuk tahun 2023 dengan muncul sebagai pelakon paling popular, terkaya malah anak-anak mereka juga paling popular dari Aryan Khan, Suhana Khan sehingga ke AbRam Khan yang tersenarai sebagai paling kacak, jelita dan comel.

Sehingga 14 May 2023, Wikipedia melaporkan, aset harta SRK-Gauri dianggarkan bernilai RM2.97 bilion (AS$600juta) .

Internet Movie Database (IMDb.com) anak syarikat Amazon.com yang berpejabat di Seattle Amerika Syarikat melapor SRK masih memegang gelaran juara dengan dua dari tiga filemnya, Jawan dan Pathaan meletup di pawagam di seluruh dunia


Filem terbaharu SRK bagi penutup 2023, Dunki mula ditayang di seluruh dunia pada 21 Disember 2023.


Taapsee Pannu


Wikipedia melaporkan, IMDb.com ialah pembekal utama maklumat berkenaan filem, siri televisyen, podcast, video rumah, video games dan layar kandungan termasuk sejarah pelakon, rumah penerbitan, krew dan biografi peribadi, ringkasan plot, trivia, penarafan, peminat dan ulasan yang kritikal.

Filem terbaru SRK untuk penghujung tahun ini ialah Dunki menampilkan SRK dan Taapsee Pannu, aktres terkenal yang biasa berlakon filem Tamil, Hindi dan Telegu. 

Taapsee cuba ditonjolkan sebagai "Kajol" dan aktres popular dalam indsutri filem itu yang banyak menang anugerah termasuk di Filmfare Awards dan  Filmfare OTT Award. Penerbit bersama filem itu ialah Gauri Khan. 

Dunki sudah ditayangkan pada 21 Disember 2023 yang mendapat pelbagai kritikan daripada peminatnya di seluruh dunia.


SRK-Gauri adalah keluarga contoh pelaris industri filem Bollywood selepas pelopor dunia perfileman pertama di Bollywood yang diasaskan oleh keluarga Prithviraj Kapoor.

Nama tersohor sebagai pemilik empayar rumah penerbitan sejak 1927. Kemudian dunia filem itu terus berkembang dengan legasi itu diteruskan oleh anak cucu termasuk Raj Kapoor, Shammi Kapoor dan Shashi Kapoor.

Wikipedia pada 14 November 2023 menaratkan selain Aryan yang dikatakan saling tumpah SRK dan adik bongsunya, AbRam menjadi sasaran jurugambar, anak pelakon yang berasal daripada keluarga diraja, Saif Ali Khan dengan Kareena Kapoor iaitu Taimur Ali Khan turut menjadi rebutan sebagai 'bintang cilik' menyerikan dunia hiburan India itu.

Mereka bukan bintang di layar perak pun tetapi "bintang kecil" di dunia sebenar yang menjadi buruan jurugambar untuk mendapatkan gambar eksklusif mereka.

AbRam dikatakan menjadi buruan jurugambar sejak dilahirkan. Sebab ada juga gosip bahawa anak itu dikatakan lahir daripada "bayi tumpang" (ada yang dakwa cucu SRK selepas Aryan menghamilkan seorang wanita). 


A look at Shah Rukh Khan and Gauri Khan's real-life ...



Bagaimanapun, Aryan tidak berminat berlakon sebagaimana adiknya, Suhana. Malah anak lelaki SRK itu juga pernah dihadapkan ke mahkamah kerana terlibat dalam parti liar. 

Dan orang pertama yang muncul membantu SRK membebaskan anak sulung itu ialah rakan karibnya, Salman Khan yang "turun naik" pejabat menteri memohon ehsan membebaskannya.

Aryan memilih untuk aktif di belakang tabir dengan menjadi penulis, pengarah dan usahawan. 

Usaha untuk melihat anak-anak pelakon Bollywood meneruskan kerjaya ibu bapa mereka masih belum benar-benar menjadi kerana ada juga anak-anak mereka tidak 'menjadi' daya penarik sebagai perlakon dan filem gagal pecah panggung.



Shah Rukh Khan dianggap pelakon serba boleh sangat serasi jika berpasangan dengan Kajol. Sebahagian besar filem mereka hits. Malangnya selepas kejayaan Dilwale,  Kuch Kuch Hota Hai', 'Dilwale Dulhania Le Jayenge'.  

Kajol dikatakan mengambil keputusan "berehat" untuk membesarkan anak-anaknya, Nysa dan anak lelakinya Yug.

Selepas SRK, Keluarga Amitabh Bachchan masih mengekalkan nama sebagai keluarga terkaya di Bollywood dengan jumlah harta yang dianggarkan RM1.8 billion (AS$400juta) dan Salman Khan pula RM1.2 bilion (AS$260juta).

Amitabh atau Big G, 77,  mula berlakon dalam filem pertamanya, Saat Hindustani pada 1969, menjadi bapa dan mentua kepada SRK antaranya dalam filem  Khabhi Khushi Khabhie Gham dan Mohabbatein. Dia disifatkan sebagai legenda kerana paling lama dan masih dipilih sebagai aktor utama. - KitaReporters


a

11
15
0
11
0
You will be interested