Seni & Sukan 10 Mar, 2024

Video| Ziarah Madani Perdana Menteri! Giliran Sheqal terima sumbangan! 4 kali strok, berkerusi roda!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


Ziarah Madani oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diteruskan dengan insan seni terbaharu yang menerima sumbangan ialah penyanyi tahun 90-an, Sheqal atau nama sebenarnya Shahrin Salehuddin,58.

Sumbangan disampaikan oleh Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi di rumahnya pada Sabtu, 9 Mac 2024. Sumbangan itu bagi membantu urusan harian dan perubatan insan seni ini.

Ahmad Farhan menyampaikan sumbangan kepada Sheqal mewakii Perdana Menteri. - Kredit foto:  Facebook Anwar Ibrahim

Sheqal kini berkerusi roda selepas diserang strok sebanyak empat kali. Dia kini berehat di rumah setelah sebelum ini dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. 

"Saya mendoakan beliau dikurniakan afiyah serta sentiasa diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan bersama keluarga tercinta, insya-Allah," menurut Anwar dalam catatan dalam laman Facebooknya.



Sheqal diperkenal dalam industri muzik tempatan oleh komposer Manan Ngah sejak 1990 hingga 1998. 

Mempunyai suara yang unik, Sheqal diberi konsep muzik nusantara dan sempat merakamkan 4 album dan 15 single di bawah syarikat rakaman Ciku Record milik Manan Ngah dan BMG Music sebagai pengedar.

Album yang dihasil ialah ‘Balada Nusantara’ (1990), ‘Pudar Yang Tersirat Pasrah’ (1991), ‘Cahaya’ (1994) dan ‘Lambaian’ (1998).


Ahmad Farhan berbual dengan isteri Sheqal,  Normah Mohd Yusof. 

Dengan mengutarakan konsep muzik nusantara kurang mendapat sambutan menyebabkan Sheqal terpaksa mengucap ‘selamat tinggal’ dalam bidang rakaman.

Namun beberapa lagu nyanyiannya masih diputar di corong-corong radio antaranya ‘Cinta Nusantara’, ‘Zapin Rindu-rinduan’ dan ‘Ratip Orang Lautan’.

Salah satu album Sheqal

Namun Sheqal pernah membuat gempar industri seni tanah air apabila berjaya menyunting penyanyi dan pelakon Raja Ema yang sedang popular sebagai isterinya dan mempunyai dua anak.

Namun perkahwinan pada 1993 itu berakhir pada 1999. Sheqal kemudian berkahwin dengan Normah Mohd Yusof. 

Setakat ini Anwar telah menyampaikan sumbangan kepada 10 insan seni yang dilanda bermasalah kesihatan atau kewangan sejak September 2022.

Mereka ialah Sazali P Ramlee, Zaiton Sameon, Maimunah Ahmad (Mak Jah), Ibnor Riza, Fauziah Samad, Jalil Hamid, Shima.  Datin Sarimah Ahmad, Dharma Harun Al-Rashid dan terbaharu Sheqal. - KitaReporters

13
6
0
12
0
You will be interested