Seni & Sukan 13 Aug, 2024

Video| Pelik? Bubuh gula dalam ikan bilis goreng? Resipi nasi lemak Memey Suhaiza tarik perhatian!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this


Seronok dan teruja melihat pelbagai resipi atau masakan dikongsi oleh Memey Suhaiza dalam Instagramnya. Isteri kepada pelakon popular Norman Hakim ini, memang gemar memasak untuk keluarganya.

Selain berniaga tudung, Memey meluangkan masa dengan memenuhi tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu kepada tiga orang cahaya mata. Tiada yang lebih menggembirakan selain melihat suami dan anak-anak berselera menjamah masakan yang disediakan.



"Nasi lemak pada hujung minggu. Siapa sama menu juga hari ni?" tulis Memey. Malah, Memey juga tidak lokek berkongsi resipi dengan peminat-peminatnya. 

Menurut Memey, dia pandai memasak hasil tunjuk ajar daripada ibunya. Malah, semua adik-beradiknya tidak kira lelaki atau perempuan pandai memasak.



"Mak ajar dari kecil. Memang semua anak mak lelaki atau perempuan boleh memasak. Kita orang dulu selalu kena gilir-gilir masak," jawab Memey membalas pertanyaan daripada netizen.

Justeru, tidak hairanlah kebanyakan masakan yang disediakan adalah resipi daripada ibunya. Lain padang lain belalang. Lain orang lain ragamnya (caranya). 

Begitulah yang boleh digambarkan berkenaan resipi. Setiap orang lain cara memasaknya. Oleh itu, raikan sahaja perbezaan itu.



Memey pernah berkongsi video dia menyediakan nasi lemak untuk keluarganya. Apa yang menarik perhatian adalah resipi ikan bilis gorengnya. 

Ya, nasi lemak tanpa ikan bilis goreng tidak lengkap jadinya. Mata netizen tertumpu pada lauk sampingan itu kerana ia agak berbeza daripada yang biasa.

Memey dilihat meletakkan gula dalam ikan bilis gorengnya. Tindakan itu menyebabkan ramai netizen tertanya-tanya dan hairan. Jelas Memey ia adalah resipi daripada ibunya sejak dia kecil lagi.



"Letak apa dalam ikan bilis dan kacang tu? Gula ke garam?" Tanya salah seorang netizen.



Bertuahnya Normah Hakim dapat isteri yang pandai dan rajin memasak. Malah, netizen juga turut kagum dengan kebolehan Memey mamasak. 

Namun menurut Memey, sekali sekala dia juga akan'gantung kuali' apabila rasa malas.



Melihat Norman dan anak-anaknya makan bertambah, boleh dirumuskan air tangan Memey memang sedap. Malah, netizen turut teruja melihat mereka menjamu selera.

"Sedapnya Mey. Anak-anak makan bertambah," tulis netizen. - KitaReporters


17
13
0
10
0
You will be interested