Seni & Sukan 26 May, 2021

PKP 3.0 di Johor: Bilangan jemaah solat Jumaat ialah 12 orang! Solat fardu pula hanya 4 orang!

@mohamed sa'ari
Berpengalaman sebagai jurufoto media dan still filem selama lebih 30 tahun. Pernah menjadi videographer untuk industri filem tanah air dalam tahun 90an. Terakhir sebagai stringger akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo.

Share this

Notis berkaitan bilangan jemaah yang dibenarkan untuk solat jumaat dan solat jemaah lima waktu sepanjang tempoh PKP 3.0 di Masjid Jamek Labis.


BAGI mencegah penularan jangkitan Covid 19 di negeri Johor yang semakin meningkat kebelakangan ini, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) mengeluarkan arahan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi perlaksanaan solat Jumaat dan solat fardu lima waktu berjemaah di semua masjid dan surau di negeri ini.

Perintah tersebut yang diperkenankan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkuat kuasa mulai 26 Mei 2021 sehingga dimaklumkan oleh MAINJ kelak.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan solat




Sepanjang tempoh PKP 3.0, bilangan jemaah yang dibenarkan menunaikan solat Jumaat adalah 12 orang yang terdiri dalam kalangan ahli jawatankuasa pengurusan masjid atau surau jumaat berkenaan atau ahli kariah tidak termasuk imam, bilal dan noja bertugas.

Bagi solat fardu lima waktu berjemaah pula hanya empat orang sahaja dibenarkan terdiri daripada imam, bilal dan noja masjid dan surau berkenaan.

Selain itu, jarak antara saf juga perlu diselangkan semasa perlaksanaan sama ada solat Jumaat mahu pun solat jemaah fardu lima waktu membabitkan semua masjid dan surau di seluruh negeri Johor sepanjang tenpoh perintah tersebut.

Selain itu,  solat jenazah juga tidak dibenarkan dilakukan di surau dan masjid.

Larangan juga turut dikenakan terhadap aktiviti ziarah tanah perkuburan sepanjang perintah tersebut kecuali bagi pegebumian jenazah yang tidak melibatkan jenazah pesakit Covid-19.

Jumlah yang dibenarkan berada di tanah perkuburan semasa pengebumian hanya 12 orang terdiri daripada waris terdekat tidak termasuk petugas tanah perkuburan.

Kenyataan yang dikeluarkan itu ditandatangani secara bersama oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Datuk Md. Rofiki Datuk Samsudin, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Tosrin Jarvanthi dan Mufti Negeri Johor, Datuk Yahya Ahmad. - KitaReporters


0
0
0
0
0
You will be interested