Kehidupan artis-artis biasanya digambarkan berkisar dengan gaya mewah dan berjoli. Namun banyak juga artis sebenarnya seperti peminat biasa mereka. Menjalani kehidupan biasa dan berdepan masalah rezeki dan kewangan ketika pandemik COVID-9 melandan negara selama hampir dua tahun, seperti kita juga.
Bagi Adibah Noor, 52, mendapat hadiah kemenangan tempat keempat dalam Gegar Vaganza 8 (GV8) yang membawa hadiah RM20,000 bukan untuk melancong, membeli belah atau membelanja rakan-rakan.
Adibah tidak malu menghebahkan penderitaannya dalam media sosialnya walaupun menerima pandangan negatif sesetengah pihak termasuk golongan netizen.
Pengalaman pertama Adibah nyanyi dan menari lagu rap atas pentas dalam 'battle' dengan Azan Scan.
Baginya terpilih memasuki peringkat akhir sudah memadai baginya kerana menyedari sejumlah peserta mempunyai kelebihan tersendiri.
Adibah berterima kasih atas pandangan Hetty yang sudah 50 tahun menjadi penyanyi mulai usia 14 tahun dan kini telah berusia 64 tahun.
Adibah turut bersetuju GV sebagai gelanggang bagi penyanyi yang sudah malap kembali menyerlah.
Justeru, Adibah menggunakan platform GV8 untuk mempromosi ‘single’ terbaharunya berjudul ‘Kecurangan’ yang baru dilancarkan dalam YouTube.
Lagu itu dirakam di studio UMA, Puchong, Selangor dalam kesibukannya mengikut jadual kerja GV8.
Adibah cuma mengambil masa setengah jam untuk merakam lagu ciptaan Chevy Amri ini. Dia berharap lagu ‘Kecurigaan’ akan mengembalikan keaktifan dirinya dalam industri seni. - KitaReporters