Seni & Sukan 18 Nov, 2020

Filem Mulut Masin! Elemen famili, seram, komedi jadi pemanis

@khadijah ibrahim
Pernah bertugas di Kumpulan Utusan dan pernah bertugas di biro Johor. Kini masih aktif dalam dunia penulisan.

Share this

PENUTUPAN sementara pawagam bukan penghalang untuk orang ramai tidak boleh berhibur menonton pelbagai cerita menarik kerana sekarang ini semua kemudahan ada di hujung jari. Salah satu platform yang boleh digunakan untuk menonton bersama keluarga dalam situasi sekarang adalah menerusi saluran Astro First yang diperkenalkan oleh Astro secara aktif. : KitaReporters


Mulut Masin berkisar tentang lima sepupu yang percaya mereka kena sumpah dengan sumpahan mulut masin arwah nenek mereka.


Lagi kisah-kisah berkaitan Astro First:

https://kitareporters.com/search?search=Astro+First


Konsep tayangan ‘Di Pawagam Rumah Anda, Astro First’ yang diperkenalkan secara aktif bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac 2020 ternyata memberi peluang kepada penonton untuk menikmati filem-filem terbaik dalam norma baharu dan ia telah mendapat rekasi positif, di samping mencipta fenomena baharu buat industri filem tempatan.

Memahami kehendak penonton yang sentiasa menginginkan konten segar dan menghiburkan, Astro Shaw terus komited dengan usahanya dalam membawakan kepelbagaian filem bagi menepati cita rasa penonton. 


Filem ini mampu mengimbau semula kenangan penonton yang tidak dapat balik kampung.


Kini, Astro Shaw yang juga penerbit filem pecah panggung, Pusaka, Polis Evo dan Hantu Kak Limah, tampil berbeza buat kali pertama menerbitkan sebuah filem berjudul Mulut Masin khas untuk ditayangkan terus Di Pawagam Rumah Anda, Astro First.

Filem Mulut Masin, arahan Razaisyam Rasyid ini menonjolkan cerita tentang kanak-kanak yang jarang dipersembahkan kepada penonton. Mulut Masin bakal menemui penonton mulai 19 November 2020 dalam saluran 480.



Razaisyam yang sebelum ini mengarah filem Pusaka, bukan sahaja mempamerkan kredibiliti beliau sebagai seorang pengarah malah kreativitinya turut diuji. Buat pertama kali, mengarah filem yang melibatkan pelakon-pelakon cilik sebagai teraju utama serta cabaran menjalani sesi penggambaran ketika dalam tempoh PKP.

Mulut Masin, menampilkan pelakon kanak-kanak berbakat besar sebagai penggerak utama cerita iaitu Jay Nazif, As’ad Motawh, Danish Hazriq, Muzayyin Mahyuddin dan Cassia Iman.

Turut membintangi, pelakon terkenal Farahdhiya, Maria Farida, Lan Pet Pet, Khatijah Tan, Aloy Paradoks, Dee Al-Hadi, Azman Hassan, Bohari Ibrahim dan Amir Ameezan.

Bagi Razaisyam, sesi penggambaran filem Mulut Masin memberi pengalaman berbeza kepada seluruh tenaga produksi yang terlibat. 


Mengarah filem yang pelakon utamanya adalah kanak-kanak amat mencabar bagi seorang pengarah.


“Bayangkan kami sudah mendapat momentum dan keserasian tetapi terpaksa dihentikan kerana PKP dan kemudian setelah tiga bulan berehat, kami perlu mendapatkan semula momentum yang sama seperti sebelumnya bagi memastikan mood dan kualiti penggambaran masih seiring.

“Selain itu, ia turut memberi cabaran buat kami untuk berkarya dalam norma baharu dan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

“Manakala dari sudut sinematografi, saya tampilkan berbeza dengan filem-filem yang pernah saya hasilkan sebelum ini kerana menerapkan lebih unsur kemelayuan dan lebih ringan agar penonton rasa lebih dekat dengan jalan cerita,” katanya. 


Maria Farida dan Lan Pet Pet turut berlakon dalam filem Mulut Masin.


Lebih menarik tentang Mulut Masin jelasnya, filem ini berkisar tentang kekeluargaan dan dalam situasi sekarang, keluarga adalah insan yang diperlukan dalam kehidupan.

“Istimewanya, Mulut Masin adalah filem kekeluargaan, jadi terdapat babak-babak yang saya cuba tonjolkan untuk membawa penonton mengimbau kembali memori zaman kanak-kanak lebih-lebih lagi kenangan apabila pulang ke kampung dan berkumpul dengan sepupu terdekat.

“Mungkin dalam keadaan sekarang ini kebanyakkan orang di luar sana tidak dapat pulang ke kampung halaman atau berkumpul beramai-ramai bersama ahli keluarga. Saya harap dengan kehadiran Mulut Masin dapat membuat mereka sentiasa hargai hubungan bersama orang tersayang tidak kira jauh mahupun dekat,” katanya penuh harapan. 


Selalunya kalau balik kampung, bila berkumpul ramai mesti ada rancangan yang diatur.


Sementara itu, Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, sebelum ini Astro Shaw aktif membawakan filem-filem tempatan untuk ditayangkan di Astro First, kali ini, Astro Shaw bawakan filem terbitannya sendiri dan lebih istimewa ia mengangkat kisah kanak-kanak.

“Seperti mana yang ramai tahu, filem yang berlatarkan cerita kanak-kanak jarang ditonjolkan. Jadi kami ketengahkan kisah tersebut dengan menyelitkan gabungan elemen kekeluargaan, komedi dan seram, yang mana ketiga-tiga elemen ini sering menjadi pilihan utama penonton tanah air.

“Uniknya lagi, filem ini juga mampu mengajak penonton untuk lebih menghargai hubungan dengan ahli keluarga, nenek serta sepupu terdekat, di samping mengimbau kembali zaman kanak-kanak yang boleh membuat mereka tersenyum apabila mengenangnya. 


Farahdhiya pun turut berlakon dalam filem arahan Razaisyam Rasyid yang bakal ditayangkan pada 19 November 2020 ini.


“Pihak kami yakin subjek utama yang diselitkan amat dekat dengan kita semua, tambahan pula ‘mulut masin’ adalah perumpamaan yang sering diperkatakan sejak turun temurun.

“Bagi memastikan filem ini dapat diterima oleh generasi lama dan sekarang, pihak kami merasakan pengarah Razaisyam Rasyid mampu menyeimbangi unsur kemelayuan dengan gaya kontemporari,” katanya.

Tambah Raja Jastina, bagi menggabungkan idea untuk lakon layar yang komersial pula, pasukan penulis Astro Shaw writers’ room turut memainkan peranannya dalam penghasilan skrip.

Beliau berharap filem ini bukan sahaja dapat memberi hiburan semata-mata kepada penonton tetapi turut memberi pengajaran tentang nilai kekeluargaan, lebih-lebih lagi keseronokan apabila bersama orang tersayang. 


Filem Mulut Masin sesuai untuk tontonan seisi keluarga.


Mulut Masin mengisahkan tentang lima orang sepupu yang merasakan diri mereka telah disumpah dengan sumpahan mulut masin arwah nenek kerana menghilangkan surat wasiat nenek.

Mereka berusaha untuk membatalkan sumpahan tersebut dengan mencari semula wasiat yang telah hilang sebelum sumpahan itu memecah-belahkan keluarga mereka. Pelbagai insiden telah berlaku kepada mereka dan tanpa sedar gerak geri mereka diperhatikan.

Kalau nak berkumpul bersama ahli keluarg di depan kaca televisyen, jangan lupa melanggan Astro First dengan hanya RM15, dan boleh menonton tanpa henti selama dua hari. Anda juga boleh strim Mulut Masin dalam Astro Go atau On Demand. - KitaReporters


1
0
0
0
0
You will be interested