Seni & Sukan 20 Apr, 2020

BUAT HAL LAGI!! FAIZ PERMAIN SYURGA, NERAKA

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

INSTAFAMOUS Faiz Roslan kembali mencetuskan kontroversi apabila memuat naik video dalam Instagramnya seakan-akan mempermainkan isu syurga dan neraka. Tindakan itu sekali gus mencetus kecaman dan kritikan hebat daripada netizen termasuk PU Syed, yang berang dengan tindakan Faiz itu. : KitaReporters


Dia memuat naik dua video dalam posting berlainan. 

Video pertama dengan tajuk "me arriving in heaven after my haters swore I was going to hell", yang bermaksud "saya tiba di syurga setelah para pembenci menyumpah saya akan ke neraka".


Kemudian tiga hari selepas itu, dia sekali lagi memuat naik video bertajuk "me arriving in hell" atau “saya tiba di neraka".


Gelagatnya yang seolah-olah mempermainkan agama itu mendapat kecaman netizen. 

Menyedari semakin ramai yang mengecamnya, Faiz bertindak menutup ruangan komen, namun masih belum memadam kedua-dua video berkenaan dari akaun Instagramnya.

Faiz bertindak menutup ruangan komen berikutan kecaman yang diterima.


Malah, tindakannya itu juga mendapat perhatian Pencetus Ummah (PU) Syed yang berang dengan perbuatan tersebut.

“Mujurlah ni musim PKP, kalau tidak mahu ambe ajak kawan-kawan cari pondan bernama Faiz ini untuk dibawa ke @pdrmsia_official atau @myjakima tau ikat di mana-mana kubur biar dia sedar sikit apa yng dia sedang permainkan itu.

“Siapa kenal dia ni dan di mana habitatnya? Cara nasihat dah tak pakai dah, cara apa yang dia nak!? Silap besar sungguh! Mohon sangat nasihat kepadanya sebelum amarah umat Islam semakin membara sebab perangai buruk yng pondan ini sedang lakukan!" Tulis PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak.

PU Syed berharap ada pihak yang boleh menasihati Faiz.


Pada tahun 2018, Faiz pernah mencetuskan kontoversi kerana tanpa segan-silu memuat naik video menujukkan dia tidak berpuasa dalam media sosial sehingga Mufti Wilayah Persekutuan ketika itu, Datuk Dr Zulkifili Mohamad Al-Bakri melahirkan hasrat untuk berjumpa dengannya.

Kali ini, dengan kehadiran Ramadan pada 24 April 2020, dia sekali lagi seolah-olah cuba mengulangi kesilapan dengan mencetuskan kontroversi.

Semoga, Allah SWT memberikannya hidayah dan kembali kepada fitrah. 

Soal syurga neraka bukanlah perkara yang boleh dibuat main-main.

Memandangkan dia mempunyai pengikut yang ramai dalam Instagram, ia mampu memberi pengaruh yang buruk. - KitaReporters

1
2
6
3
56
You will be interested