KESAN kecederaan dipercayai dipukul oleh guru menggunakan pembaris kerana tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberikan. - Kredit Foto Facebook @Norfairnani Emran
POLIS Kedah mengesahkan menerima laporan berhubung seorang murid tahun tiga di sebuah sekolah rendah di Kuala Kedah yang didakwa dipukul oleh gurunya berikutan tidak menyiapkan kerja sekolah.
Ketua
Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata,
pihaknya menerima laporan yang dibuat oleh seorang wanita berusia 32 tahun.
“Wanita
berkenaan mendakwa semasa mengambil anaknya di sekolah pada jam 1 petang, dia mendapati
lengan kiri, jari kiri dan muka sebelah kiri anak yang berusia sembilan tahun
itu mengalami kecederaan.
"Mangsa memaklumkan gurunya yang memukulnya menggunakan pembaris kerana tidak siap kerja sekolah," katanya dalam satu kenyataan media di Alor Setar, Jumaat 23 April 2021.
Ahmad
Shukri berkata, proses siasatan masih dijalankan dan kes berkenaan disiasat di
bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum
setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu,
tular kenyataan wanita tersebut dalam Facebook apabila mendakwa guru terbabit
memukul anaknya dengan pembaris kerana gagal menyiapkan kerja sekolah yang
diberikan. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir. - Kredit Foto Utusan Malaysia.