Seni & Sukan 27 Apr, 2021

Berita Terkini| 8 kanak-kanak tahfiz diselamat polis! Dakwa dirotan, ditampar! Pemilik ditahan!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

Gambar hiasan... kanak-kanak itu mendakwa  ditumbuk pada belakang tengkuk serta dirotan kaki dan tangan.


POLIS menyelamatkan lapan kanak-kanak yang mendakwa didera oleh sepasang suami isteri yang juga pemilik sebuah pusat tahfiz di Taman Tun Razak, Ampang, Selangor pada Isnin 26 April 2021.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pasangan itu turut ditahan pada pukul 3.45 petang di pusat tahfiz berkenaan.

Penahanan dibuat susulan serbuan sepasukan anggota serta pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

"Pada jam 6.30 petang 23 April (2021) lalu, seorang lelaki berusia 35 tahun pergi ke sekolah di pusat tahfiz itu untuk berjumpa anak lelakinya berusia tujuh tahun dan membayar yuran.

“Namun terkejut selepas mendapati anaknya yang berada di pusat berkenaan berada ketakutan dan menangis.

“Bimbang perkara buruk menimpa anaknya, dia kemudian membawa anaknya pulang dan bertanyakan apa yang berlaku di pusat tahfiz berkenaan sehinggalah semuanya terbongkar,” katanya dalam kenyataan media di Kuala Lumpur pada Selasa, 27 April 2021.

Anaknya turut memberitahu penjaga tahfiz lelaki yang juga ketua pusat tahfiz berkenaan ada menumbuk pada belakang tengkuknya serta merotan di kaki dan tangan, manakala isterinya ada menampar di pipi sebanyak empat kali.

Malah pada badan kanak-kanak itu juga terdapat beberapa kesan kecederaan baru dan lama.

Mohamad Farouk menjelaskan semua kanak-kanak itu juga dihantar ke Hospital Ampang untuk pemeriksaan lanjut.

“Semakan awal juga mendapati pusat tahfiz tersebut tidak mempunyai sebarang lesen daripada kerajaan tempatan dan kebenaran daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais),” kata Farouk.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau dipenjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya sekali. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

Mohamad Farouk menjelaskan semua kanak-kanak itu juga dihantar ke Hospital Ampang untuk pemeriksaan lanjut. - Kredit foto: PDRM

3
3
14
4
8
You will be interested