BERIKUTAN ketika ini ada beberapa video yang sedang tular dalam Tiktok dan Twitter, ini menyebabkan Tya Arifin terpaksa tampil untuk menjelaskan apa yang terjadi sebenarnya.
Jika dilihat pada video yang tular itu, kelihatan jelas berlaku sedikit perbalahan antara Fauziah Nawi dengan Tya. Malah kapsyen yang tertulis juga seakan-akan kelihatan bahawa Tya yang bersalah dalam hal ini.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan drama
Kredit video: IG @tyaarifinnw
Bagi menjernihkan kembali keadaan, Tya ambil keputusan untuk menjelaskan apa yang terjadi antara mereka.
Katanya, apa yang berlaku itu hanya salah faham berkenaan isu bayaran.
Semuanya terjadi apabila Ibu (nama panggilan kepada Fauziah Nawi) setuju dengan tawaran yang dikemukakan namun kerana ia ingat ini projek daripada pelajar universiti.
Lantas begitu, bagi mengelak lebih banyak pihak terjejas, Tya mencari jalan penyelesaian dan alhamdullilah kedua-dua pihak setuju dan akhirnya 'shooting' dapat dijalankan dan tamat pada hari itu juga.
Salam Semua,
belakangan ini Tya ada terima beberapa dm, comment yang tak berkesesuaian.
Sebelum itu Tya nak minta maaf di atas apa yang berlaku.
Tya patut jelaskan juga, supaya tak menjadi kesalahpahaman yang besar dan disalah artikan.
Apa yang terjadi sebenarnya, hanyalah salah faham daripada pihak Tya dan Ibu.
Berikutan video yang tular di tiktok ataupun twitter menjawab isu yang berlaku,
Tya nak jelaskan persoalan ini karna kelemahan komunikasi antara kedua-dua belah pihak saja.
Staff Tya, menghubungi pihak Ibu untuk memberi tawaran berlakon, pihak Ibu menerima tawaran dan bersetuju dengan harga yang Team tawarkan pada awalnya.
Tapi bila sampai di lokasi shooting, Tya diberitahu staff, ibu mengira ini merupakan projek dari pelajar Universiti.
Namun lepas diberitahu dilokasi ttg campaign shooting Mutyara, dan tahu ttg Tya, ibu mula persoalkan isu bayaran.
Dan singkat cerita, pada akhir perbincangan, pihak Tya & team bersetuju dengan bayaran baru yang diminta , supaya kami bisa meneruskan shooting pada hari tersebut.
Karna jika dibatalkan, akan merugikan banyak hal lain pula.
Tya sangat berbesar hati boleh berlakon dengan pelakon senior yang sangat baik, dan boleh beri kerja sama baik dengan Tya🙏🏻
Akhirnya, Alhamdulillah walaupun ada salah paham saat itu, kita berjaya juga menyelesaikan shooting pada hari itu juga, jam 5 ptg lebih saja.
Sekali lagi Tya mohon maaf dari pihak Tya atas kesalahpahaman yang berlaku.
Tya harap segala yang terjadi ini dapat dijadikan pengajaran untuk semua.
Terimakasih🙏🏻
Menjengah ruangan komen, ramai memuji sikap Tya yang pantas tampil untuk ceritakan apa yang terjadi.
Jangan lupa saksikan 'Sesudu Kebahagiaan', drama terbaharu daripada Tya Arifin pada 30 April 2021 ini. Yang mana nak lihat Tya berlakon bersama Ibu Fauziah Nawi boleh tonton video promo ini. - KitaReporters