Adi Putra diberi kepercayaan membawa watak Mat Kilau
Di Malaysia filem berunsur patriotik sama ada bagi bercorak moden atau epik kurang mendapat sambutan.
Namun filem ‘Mat Kilau - Satu Kebangkitan’ yang menelan kos RM8 juta dan 100 hari penggambaran buktikan ia mempunyai tarikan tersendiri.
Antara barisan pelakon filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan
Kontroversi yang dialami pengarahnya. Syamsul Yusof, 38, memberi publisiti yang meluas terhadap filem epik sejarah ini yang tertangguh tayangannya selama dua tahun akibat Covid-19.
Hasilnya filem ini berjaya mengalahkan sejumlah filem asing yang ditayang bersama sejak Khamis, 23 Jun 2022 lalu.
Pada hari pertama tayangan, filem ‘Mat Kilau’ berjaya mengutip RM1 juta, sementara pada hari kedua sebanyak RM1.8 juta, menjadikan hasil kutipan tiket untuk dua hari mencapai RM2.8 juta.
Dan kutipan dijangka mampu mencapai RM5 juta bila tayangan pada Ahad, 26 Jun 2022 ini.
Namun memandangkan kos pembikinanan mencapai RM8 ia memerlukan kutipan melebihi RM15 juta untuk merasai sedikit untung kerana hasil tiket perlu dibahagi sama rata dengan pihak pawagam.
Berdasarkan perkembangan terdahulu sesebuah filem itu mampu mencapai kutipan box office atau pecah panggung berdasarkan seminggu tayangan. Dan filem ‘Mat Kilau’ dijangka mencapai kutipan lebih RM10 juta selepas sebulan dilancarkan.
Jumlah kutipan yang memberansangkan itu dikongsi oleh Syamsul dalam Instagramnya.
Sementara itu Syamsul turut memberi amaran keras kepada pihak yang menayangkan cuplikan atau klip video filem ‘Mat Kilau’ terbitan Studio Kembara itu dalam laman sosial.
Syamsul berkata, tindakan seorang pemilik akaun TikTok itu ternyata salah dari sudut undang-undang dan dia bersama pihak produksi sudah berbincang untuk membuat laporan polis atas tindakan tidak bertanggungjawab pihak tersebut.
Menurut anak kepada penerbit Datuk Yusof Haslam ini juga berkata, masalah tersebut boleh menjadi punca industri perfileman negara tidak dapat berkembang.
Filem terbitan Studio Kembara ini menampilkan barisan pelakon berwatak, Antaranya Datuk Adi Putra sebagai Mat Kilau, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Johan Asâari dan pelakon Indonesia Yayan Ruhian.
Melihat treler dan di sebalik pembikinan, filem ‘Mat Kilau’ dalam YouTube ia disulami dengan aksi peperangan dan teknik kamera menarik yang menjadi tarikan menonton.
Pembikinannya tidak kalah dengan sejumlah filem epik sejarah luar negara. Ia merupakan salah satu filem kebanggaan Shamsul Yusof dan negara.