Seni & Sukan 23 Jun, 2022

Video| Biar betul! Kucing pun ada majlis perkahwinan? Siap edar kad jemputan! Ada dokumen kahwin!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


Perkahwinan antara pasangan lelaki dan perempuan akan termeterai dengan lafaz akad nikah yang diadakan bagi menyatukan sebuah pasangan yang ingin menjadi suami isteri.

Tular sebuah video perkahwinan yang jarang-jarang dianjurkan iaitu majlis perkahwinan dua ekor kucing di negara Yaman yang dihadiri ramai penduduk setempat untuk meraikan perkahwinan kucing tersebut.



Apa yang menariknya perkahwinan kucing ini sama prosesnya dengan perkahwinan manusia dengan jemputan yang ramai dengan disaksikan oleh penduduk setempat

Menerusi rakaman video itu, dapat dilihat seorang lelaki memegang sehelai kertas dan membacakan kontrak perkahwinan antara kedua-dua ekor kucing tersebut



Bukan itu sahaja, lelaki tersebut yang mengahwinkan kucing tersebut juga dilihat mengambil cop jari kedua-dua kucing untuk mengecop dokumen sebagai tanda persetujuan.

Sebelum majlis perkahwinan dijalankan, kad perkahwinan telah diedarkan kepada penduduk setempat di kawasan berkenaan.

Kejadian ini dikatakan berlaku di daerah Al-Mualla di Aden, ibu negara Yaman

Majlis akad nikah ini adalah kontrak rasmi untuk dua ekor kucing ini yang ditulis oleh seorang yang mempunyai kuasa undang-undang. - KitaReporters


16
13
0
16
0
You will be interested