Seni & Sukan 01 Apr, 2022

Hairan dan pelik! Jiran tak perasan timbunan 500 basikal curi! Boleh tengok dalam Google Earth!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


TABIAT suka mencuri basikal yang dilakukan seorang lelaki di Oxforshire, England akhirnya terbongkar selepas jiran mengadu kemunculan banyak tikus di bahagian halaman kediaman. Keadaan itu membuatkan jiran-jiran tidak selesa sebelum membuat laporan polis.

Akhirnya polis menyerbu dan menemukan ratusan buah basikal pelbagai jenama yang disimpan di bahagian belakang rumahnya sejak bertahun-tahun lama.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan basikal


Alangkah terkejut apabila lebih 500 buah basikal ditemukan di bahagian belakang rumahnya. Lebih mengejutkan timbunan basikal berkenaan mampu dilihat menerusi satelit imej Google Earth

Ketika polis menggeladah kediaman lelaki yang berusia 54 tahun itu, mereka menemukan timbun basikal yang diletakkan atas satu sama lain.



Pasukan polis menganggar kesemua basikal tersebut disimpan sejak lima tahun lalu berikutan kesan karat dan keadaan basikal selain keadaan lusuh pada bahagian basikal berkenaan.

Kini sejumlah besar basikal tersebut telah dirampas oleh polis dan pasukan penyiasat kini sedang mengenal pasti pemilik basikal berkenan.

Bukan itu sahaja lelaki itu turut ditahan untuk siasatan lanjut.

Penahanan lelaki misteri berkenaan menjadi tular dalam media sosial sehingga warganet mempersoal bagaimana lelaki berkenaan boleh menyimpan ratusan barangan itu tanpa menimbulkan sebarang syak wasangka dari jirannya. - KitaReporters


16
9
0
13
0
You will be interested