Seni & Sukan 21 Mar, 2022

Video| Cinta sejati! Gadis nikahi banduan di balai polis! Disaksikan anggota polis, tahanan lain!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

ACHMAD Ridwan dan Bunga Angelia dikawal oleh anggota polis sebelum mereka melakukan akad nikah di Balai Polis Semarang pada 17 Mac 2022. - Kredit foto: CNN Indonesia


MESKIPUN berada dalam tahanan polis akibat terbabit kes penganiayaan tetapi cinta dan kasih sayang seorang gadis terhadap kekasihnya tidak pernah pudar apabila mereka selamat diijabkabul di balai polis Semarang, Jawa Tengah pada 17 Mac 2022 lalu.

Bayangkanlah, andaikata wanita lain tidak mungkin akan bernikah dengan seorang suami adalah banduan yang kini berada dalam tahanan penjara yang boleh menjejaskan maruah dirinya dalam kalangan masyarakat.


Lagi ceritra-cerita menarik berkaitan


ANGGOTA polis dan beberapa tahanan penjara yang hadir di majlis pernikahan Achmad Ridwan dan Bunga Angelia di balai polis. - Kredit foto: today.line.me 


Namun ternyata disebabkan cinta yang suci dan abadi daripada gadis terbabit, Bunga Angelia, 17, sanggup menikahi kekasihnya yang bernama Achmad Ridwan, 27, di  pejabat balai polis berkenaan.

Perkahwinan mereka hanya dihadiri anggota polis dan beberapa banduan lain kerana pihak polis tidak membenarkan ahli keluarga dan sahabat handai datang ke majlis tersebut.


Kredit foto: detik.com



Pengantin wanita yang berpakaian baju gaun warna putih diambil dan dihantar semula ke rumahnya dengan sebuah kereta khas yang dihiasi dengan bunga. Manakala Achmad Ridwan hanya berpakaian baju melayu putih  dan bersongkok.

Tribunnews.com melaporkan, kedua-dua pengantin itu diarak ke pejabat balai polis dengan paluan rebana dan selepas upacara akad nikah itu, pengantin lelaki dihantar semula ke bilik tahanannya di Penjara Semarang.

Saya menyesal, selepas keluar penjara nanti saya berjanji demi isteri saya, saya akan berkelakukan baik dan menjadi seorang suami yang bertanggungjawab.

“Saya sedih kerana selepas ini saya terpaksa berpisah dengan isteri saya (Angelia) tetapi saya merasa bahagia kerana hari ini tuhan telah merestui jodoh saya (bernikah) dengan isteri saya,” kata Achmad Ridwan. 


Kredit foto: kompas.com



Sementara itu, Ketua Penjara Semarang, Komisaris Besar Polisi  (Kombas) Irwan Anwar mengatakan bahawa pernikahan pasangan pengantin itu adalah kemahuan keluarga mereka sendiri walaupun pengantin lelaki itu masih tahanan penjara.

Menurutnya, pihak keluarga mereka meminta agar Achmad Ridwan tetap melakukan pernikahan pada tarikh tersebut.

Ini kerana tarikh tersebut adalah telah ditetapkan oleh keluarga kedua-dua pihak sebelum Achmad Ridwan terbabit kes penganiayaan itu.

Walaupun dia seorang banduan tetapi pihak polis memberi kebenaran untuk dia bernikah dengan pasangannya di ruangan pejabat balai polis yang sentiasa dikawal oleh anggota polis,’’ katanya. - KitaReporters


Kredit foto: detik.com

10
12
0
16
0
You will be interested