Seni & Sukan 09 Apr, 2022

Video| Dah kahwin 2 April 2022? Wany Hasrita nafi! Tetap akan berkahwin sebelum usia 30 tahun!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


UMUR penyanyi Wany Hasrita genap 30 tahun pada 24 Disember 2022. Dalam usia sedemikian adalah waktu yang sesuai bagi penyanyi cantik dan sedang mencipta nama ini untuk berkahwin.  

Sebagai penyanyi disayangi ramai, segala mengenai dirinya diperhati hingga timbul desas-desus bahawa Wany sudah berkahwin pada Sabtu 2 April 2020 dengan seorang juruterbang.

Khabar itu menyebut, Wany telah mengadakan akad nikah pada 2 April 2022 lalu iaitu sehari sebelum Ramadan dan majlis resepsi selepas Aidilfitri nanti.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Wany Hasrita



Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah menafi keras sudah berkahwin dan berkata jika dia berkahwin akan terus pergi berbulan madu, bukannya terus berpuasa.

Wany kini menjadi hos bersama Amin Idris dan Khir Rahman program secara langsung ‘Borak Dulu Baru Buka’ di TV1 sepanjang Ramadan.

Wany Hasnita menjadi hos bersama Amin Idris dalam 'Borak Dulu Sebelum Buka'. - Kredit foto: IG wanyhasnitaofficial

Wany menyatakan tetap akan berkahwin pada tahun ini paling lewat pada 24 Disember 2022 iaitu hari lahirnya yang ke-30. Wany Hasrita sudah bertunang baru-baru ini. namun dia enggan mendedah tarikh dilamar dan pertunangan.

"Setiap orang mempunyai perancangan berkahwin, begitu juga saya. Insya-Allah, tahun ini tetapi bukan dalam masa terdekat, tempoh sebulan atau dua bulan ini atas permintaan pihak lelaki," jelasnya.


Wany membayangkan bakal suaminya adalah orang yang sesuai untuk dijadikan suami. 

Tambahnya, lelaki itu tidak terlibat dalam bidang seni. Memang menjadi harapan Wany Hasrita mempunyai suami bukan terlibat dalam bidang seni.

Menurut Wany dia akan mendedahkan siapa pasangan hidupnya apabila persiapan perkahwinan sudah dirancang, meliputi tarikh dan lokasi pernikahan.


Wany Hasrita adalah antara penyanyi generasi baharu yang cepat menonjol. Pemilik ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan dari Management & Science University (MSU), Shah Alam, Selangor ini menjadi  penyanyi rakaman dalam usia 24 pada 2016 apabila dilamar oleh FMC Music. 

Dia berjaya menghasilkan beberapa lagu popular. Antaranya ‘Menahan Rindu;, ‘Terlalu Memuja’, ‘Canggung’ dan ‘Belenggu Rindu’ berduet dengan Datuk Jamal Abdillah. - KitaReporters


19
13
0
11
0
You will be interested