Seni & Sukan 05 Jan, 2022

Video| Alamak, ada serupalah! Dikshita jadi Shah Rukh Khan! Hebatnya transformasi solekannya!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

PERANAN jurusolek amat penting untuk mengubah wajah seseorang atau mencipta sesuatu watak dalam pembikinan drama atau filem

Jurusolek turut berperanan ketika menatarias pengantin agar kelihatan lebih cantik daripada rupa asal. 

Pokoknya bidang solekan merupakan seni yang bukan sahaja bergantung kepada kemahiran sendiri, sebaliknya perlu dipelajari secara profesional. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan jurusolek

/

Dikshita Jindal

Rupa Dikshita tak ubah seperti wajah SRK. - Kredit foto: India. com


Seorang jurusolek wanita bernama Dikshita Jindal di New Delhi, India mengagumkan warganet dengan kemahiran dan bakatnya yang mampu mengubah diri menjadi seorang selebriti wanita atau lelaki menerusi teknik solekan.

Dalam video yang tular, Dikshita dilihat mengubah dirinya menjadi ‘Raja Bollywood’ Shah Rukh Khan (SRK) dengan hanya menggunakan alat solek tertentu. 



/

Pada permulaan video, Dikshita menunjukkan gambar SRK  yang tampan mengenakan sut tuksedo. Dia kemudian mula menyolek wajahnya dengan kontur, asas dan teknik solekan yang berbeza.

Pada akhir video, wanita ini menunjukkan hasil kreativiti bakatnya di mana wajahnya saling tidak tumpah seperti SRK dengan muzik iringan lagu ‘Chammak Challo’.



Menurut India.com, video itu  memukau netizen yang sukar percaya dengan perubahan luar biasa itu. Ramai yang kagum Dikshita dan memenuhi ruangan komen dengan komen pujian kepada jurusolek itu.

Dikshita meminati bidang solekan sejak kecil dan mulai serius dalam tahun 2018. Dia menamatkan pengajian dalam  sains komputer dan menjadi jurutera bidang itu. 

Sehingga kini dia telah melakukan tranformasi untuk dilihat menyerupai 20 selebriti India. - KitaReporters


9
11
0
10
0
You will be interested