Seni & Sukan 13 May, 2021

Video| Nak hadiah motosikal? Pastikan jangan miss solat fardu berjemaah di Masjid Al Hijrah!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Purwanto menyerahkan motosikal baru kepada salah seorang pemenang. - Kredit foto: TribunSolo.


SOLAT berjemaah di masjid sangat dituntut kerana fadilatnya memperoleh pahala 27 kali ganda berbanding solat sendirian. Namun masih ramai yang kurang berminat solat berjemaah walaupun rumah berhampiran masjid.

Justeru, Masjid Al Hijrah di Kampung Karangasem, Kecamatan (Mukim) Laweyan, Solo, Jawa Timur mempunyai cara unik mengalakkan penduduk bersolat berjemaah di masjid.

Masjid Al Hijrah menawarkan hadiah motosikal bagi mereka yang bersolat setiap lima waktu di masjid itu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan masjid

Salah seorang penerima hadiah motosikal (kiri). - Kredit foto: TribunSolo


Program ini dimulakan sejak setahun setengah lalu dan dianjurkan setiap tiga bulan

Menurut pengurus masjid, Purwanto, dia sendiri akan memilih pemenang kerana dia lebih mengetahui siapa yang solat setiap waktu di masjid itu.

Masjid Al Hijrah asalnya surau peribadi yang dinaik taraf. Ia bermula sebagai surau pada 1998 dan direnovasi menjadi masjid pada tahun 2017

Masjid ini milik jutawan Wong Solo Group, Puspo Wardoyo yang membiayai keseluruhan belanja pengurusan rumah Allah ini.


Hadiah solat berjemaah dicatat pada motosikal.


Menurut Purwanto, hadiah-hadiah itu diberi sebagai galakan untuk orang ramai bersolat jemaah di masjid.

Tambahnya, solat subuh adalah waktu paling sukar untuk mendapat jumlah berjemaah yang banyak. Dan inilah cabaran paling besar untuk menerima hadiah motosikal

Setakat ini, sejumlah 18 motosikal sudah dihadiahkan. Dan jumlah dan jenis hadiah akan ditambah mengikut perkembangan semasa. 

Selain hadiah itu, Masjid Al Hijrah turut memberikan sumbangan makanan asas kepada golongan tidak mampu.

Menurut Purwanto kepada TrIbun Solo, masjid ini memberi 500 kotak makanan percuma untuk jemaah selepas solat Jumaat. - KitaReporters


0
0
0
0
0
You will be interested