Seni & Sukan 01 May, 2020

Hari Pekerja 2020: Gaji kena potong? Lepas tu diberhentikan?

@amil abdullah saiby
Berkhidmat di Utusan Melayu(M)Berhad selama 35 tahun,Jawatan terakhir disandang ialah Pegawai Penyelidik Kanan Jabatan Editorial Utusan. Pengalaman: Wartawan sambilan di Mingguan Timur,Utusan Malaysia dan Kosmo. Penulis buku "coffeetable" Transformasi

Share this

Sambutan Hari Pekerja atau Buruh lazimnya akan disambut dengan meriah pada setiap 1 Mei di 80 buah negara di duniaDi MalaysiaHari Pekerja diiktiraf secara rasminya pada tahun 1973 setelah mantan Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, mengumumkan 1 Mei sebagai hari kelepasan am. Tetapi sambutan tahun 2020 ini suram dan sedih kerana berkongsi bersama dengan pandemik Novel Coronavirus 2019 atau Covid-19: KitaReporters


Apa cerita? Nak dengar cerita baik atau sedih.

Jika tahun sebelumnya, kita meraikan majlis Hari Pekerja penuh dengan warna-warni pelbagai sektor pekerjaan dan bidang  serta anugerah pencapaian.

1 Mei atau “May Day” tahun ini sudah menginjak 47 tahun; kini telah berubah menjadi “Mayday-mayday” isyarat kecemasan seolah-olah berlaku tragedi pesawat terhempas kepada golongan pekerja atau buruh akibat ancaman Covid-19 bersama PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).

Tidak kira sama ada makan gaji dengan majikan atau pun bekerja sendiri seperti pemandu teksi (e-hailing, Grab dan lain-lain), penghantar makanan (Food Panda, Grab Food, Hungry dan lain-lain), penjaja kecil, petani, nelayan dan sebagainya.

Hari Pekerja disambut meriah oleh setiap lapisan pekerja dari pelbagai sektor dan bidang pada setiap 1 Mei. - Gambar hiasan


Tahun ini, tahun yang mencabar yang menghukum semua manusia dengan keperitan ekonomi keluarga apatah lagi negara akibat virus Covid-19.

Semakin hari semakin mengerunkan dan mencemaskan warga pekerja apabila pelbagai andaian dan kemungkinan kedengaran di sana-sini bercakap mengenai berita pemberhentian pekerja atau penstrukturan semula oleh majikan.

Ada yang merungut atau “membawang” selagi PKP berterusan, selagi itu kita tidak boleh “cari makan” sementelah pejabat atau kilang masih tidak beroperasi lagi.

Bos-bos atau tauke-tauke gedung perniagaan atau syarikat sudah beri “hint”; lagi satu dua bulan bolehlah ambil cuti tanpa gaji sehingga perintah PKP ditamatkan.

“Arghh... kusut kepala otak aku memikirkan hal gaji tak ada ni..," antara keluhan golongan pekerja “kuli” yang hidup serba kekurangan dan dikelilingi hutang-piutang.

Bagaimana pula golongan yang bekerja sendiri? Boleh terlepas ke dengan “azab” begini atau sebaliknya?

Dialog seperti ini sudah mula diluahkan oleh mana-mana individu yang tertekan dalam situasi Covid-19 di samping iklim ekonomi dunia semakin lemah dan lumpuh.

Kredit foto: Laman sesawang M-Star



Pada Januari 2019, statistik Jabatan Perangkaan Malaysia (JPM) merekodkan terdapat kurang lebih 14.99 juta pekerja berbanding dengan kadar pengangguran kekal 3.3 peratus atau 515,600 orang semenjak September 2018.

Bagaimana pula tahun 2020? 

Menurut ramalan Bank Dunia, KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) Malaysia dijangka menguncup pada paras negatif satu (-1) berbanding jangkaan awal berada antara 4.5 hingga 4.8 peratus.

Maka, dibimbangi kadar penggangur akan melonjak pada angka 3.5 peratus walaupun keadaan ekonomi dikatakan stabil dan masih terkawal di negara ini.

Kesimpulannya, moral cerita di sini ialah Hari Pekerja 2020 menyaksikan sebahagian besar golongan pencari rezeki keluarga akan terkesan ekonomi rumah tangga mereka.

Ini sedikit sebanyak mengakibatkan kegoncangan rumah tangga, hilang kerjaya, tekanan mental, kemurungan dan pelbagai lagi masalah sosial. - KitaReporters

Petikan Kata :

“Kira-kira 300 aduan daripada pekerja yang dipaksa atau “dipujuk” untuk bercuti tanpa gaji atau terima pengurangan gaji dalam tempoh 3 minggu semasa perintah kawalan pergerakan”

Setiausaha Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), J Solomon (7 April 2020)

https://www.freemalaysiatoday.com/


Tema Hari Pekerja

2019

Pekerja Amanah Aspirasi Negara

2018

Pekerja Berkemahiran, Peneraju Kecemerlangan Negara

2017

Pekerja Kreatif Pencetus Inovasi



Ahli Parlimen Klang, Charles Anthony Santiago (16 April 2020)

0
0
3
0
0
You will be interested