Seni & Sukan 04 Aug, 2021

Terbaik kakitangan TH! Prihatin nasib warga emas terbiar! Susu Ensure Gold untuk 2 pusat jagaan!

@rosdi ismail
Berpengalaman sebagai pemberita bersama Berita Harian (BH) bermula pada tahun 1985 hingga 2017. Pada tahun 1991, diserapkan dalam unit penyunting BH di Bangsar, Kuala Lumpur. Kemudian, pada tahun 1997 dipindahkan ke unit pendidikan BH sebagai penyunting

Share this

Mohd Azmizan Abdul Aziz (kanan) dan Azman Rasman (kiri) melihat Susu Ensure Gold hasil sumbangan kakitangan TH seluruh negara.


PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan bagi membendung pandemik Covid-19 secara tidak langsung mengeratkan hubungan silaturahim kakitangan Lembaga Tabung Haji (TH) seluruh negara dalam Program Sumbangan Susu Ensure Gold untuk Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia di Semenyih, Selangor.

Hasil maklumat kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan Angkatan Sukarelawan Asas Sejahtera (NGO Asas) yang diketuai Presidennya, Siti Noraishah S M Salim, susu itu menjadi keperluan yang terdesak di pusat jagaan berkenaan berikutan PKP.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia



Pengurus Employee Engagement TH, Mohd Azmizan Abdul Aziz, berkata menerusi Jabatan Modal Insan, program itu diuar-uarkan kepada seluruh kakitangan TH yang kemudiannya bersedia memberi sumbangan dalam bentuk kewangan atau pembelian susu jenama berkenaan sebagai tanda sokongan.

Menurutnya, selepas program itu dilancarkan oleh Ketua Pegawai Modal Insan TH, Rina Sarif pada akhir Jun 2021, jabatan berkenaan berterusan mendapat sumbangan daripada kakitangan TH yang berada di seluruh pelosok tanah air.


Keprihatinan kakitangan TH seluruh negara membantu menjayakan Program Sumbangan Susu Ensure Gold.


Beliau berkata, antara mereka ada yang menyumbangkan wang bagi tujuan pembelian susu itu, manakala sesetengah pula secara sendirian atau berkumpulan membeli susu berkenaan dan diposkan kepada Jabatan Modal Insan.

“Selain maklumat daripada NGO terbabit kami juga sudah mengunjungi pusat jagaan berkenaan bagi mengetahui lebih dekat keperluan lain yang boleh disumbangkan pada masa akan datang selaras aktiviti dalam Thriving Volunteers TH.


Azman n (kanan) melihat kotak yang mengandungi Susu Ensure Gold yang diposkan kakitangan TH kepada Jabatan Modal Insan.


“Susu Ensure Gold ini memang merupakan minuman tambahan kesihatan kepada warga emas terbiar dan tanpa waris di pusat jagaan berkenaan yang menjadi keperluan terdesak sejak PKP,” katanya ketika menyerahkan sumbangan berkenaan kepada Pengerusi Persatuan Kebajikan Mahmudah Malaysia, Azman Rasman di Lobi Menara TH Tun Razak, Kuala Lumpur, pada 30 Julai 2021 lalu. 

Turut hadir Pengerusi Pusat Jagaan Nur Hasanah, Beranang, Selangor, Mohiadin Bahado.

Mohd Azmizan berkata, sebelum itu, hasil sumbangan daripada kakitangan TH juga, jabatan berkenaan sudah membeli dua unit mesin basuh untuk disumbangkan kepada Pusat Mahad Tahfiz Imaniyyah Zahidiyyah di Selangor.  

Menurutnya, jabatan berkenaan juga bercadang untuk bekerjasama dengan NGO Asas pada masa akan datang dengan mengenal pasti terlebih dahulu keperluan yang boleh disalur serta dimanfaatkan oleh gelandangan sekitar Kuala Lumpur. 


Sebahagian Susu Ensure Gold itu akan turut diagihkan kepada penghuni di Pusat Jagaan Nur Hasanah. Turut kelihatan Mohiadin Bahado (kanan).


Sementara itu, Azman berkata, sebanyak 300 tin lebih susu yang diterima itu akan diagihkan antara Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia dan Pusat Jagaan Nur Hasanah, yang juga menjadi minuman tambahan kesihatan penghuni warga emas di situ. 

“Hampir sebahagian besar warga emas di dua pusat jagaan ini amat memerlukan minuman tambahan kesihatan seperti Susu Ensure Gold bagi memulih serta meningkatkan ketahanan antibodi kerana mereka menghidap pelbagai penyakit,” katanya.


Azman (kanan) mewakili Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia menerima sumbangan wang zakat daripada Norazli.


Dalam majlis berasingan sebelum itu, Koperasi Serbaguna Anak-Anak Selangor (Kosas) Berhad menyumbangkan wang zakat sebanyak RM5,000 kepada dua pusat jagaan berkenaan. 

Sumbangan itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif koperasi tu, Norazli Rusli @ Abdullah kepada Mohiadin dan Azman.


Norazli (kiri) turut menyumbangkan wang zakat kepada Pusat Jagaan Nur Hasanah yang terima Mohiadin.


Manakala Jasa Cahaya Sdn Bhd pula menerusi wakilnya, menyumbangkan sebuah skuter kerusi roda kepada Pusat Jagaan Nur Hasanah untuk memudahkan pergerakan warga emas khusus ketika mendapatkan rawatan susulan di hospital. - KitaReporters


Mohiadin (tengah) menerima sumbangan skuter kerusi roda yang disumbangkan Jasa Cahaya Sdn Bhd untuk Pusat Jagaan Nur Hasanah.

21
1
0
0
0
You will be interested