Seni & Sukan 25 Dec, 2021

Video| Zam Zam, penyanyi popular pop yeh-yeh meninggal! Akibat penyakit jantung di Singapura!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

/

Zam Zam Sahri pasti diingati dengan sejumlah lagu popularnya

Angkatan pop yeh-yeh kehilangan seorang lagi penyanyi apabila Zam Zam meninggal dunia kerana penyakit jantung dalam usia 74 tahun di Hospital Tan Tock Seng, Singapura kira-kira jam 7.20 malam, Jumaat, 24 Disember 2021.

Zam Zam atau nama penuhnya Zam Zam Sahri popular dengan lagu  seperti  ‘Bibir Mesra Jiwa Parah' ‘Setahun Tak Jumpa Sesaat Tak Lupa’, ‘Usah Harta Jadi Rebutan’ dan ‘Panas Setahun Hujan Sehari’ dengan kumpulan Twilites.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan artis veteran



Dia menghasilkan kira-kira 20 buah lagu dalam era 60-an dan awal 70-an. 

Zam Zam walaupun tidak giat menyanyi seperti di zaman pop yeh yeh, namun masih menerima undangan menyanyi dalam sejumlah persembahan yang diadakan di Singapura dan Malaysia sehingga berehat sepenuhnya kia-kira 5 tahun lalu apabila mengalami serangan jantung.

Lagu-lagu yang dipopularkannya masih terus diputar di stesen radio di Malaysia, Singapura dan Brunei. Sebahagian lagu yang pernah dirakam dapat ditonton dalam saluran YouTube.





/,


Ketika dihubungi Berita Harian Singapura, salah seorang anaknya, Nurazikin, 39, berkata, Zam Zam rebah akibat serangan jantung (cardiac arrest) ketika menonton televisyen di rumah pada 8 Disember 2021 lalu.

Dia dikejarkan ke Hospital Tan Tock Seng dan berada dalam keadaan koma sehingga minggu lalu apabila dikeluarkan dari sistem sokongan hidup dan dimasukkan ke wad biasa.

Bagaimanapun Zam Zam mengalami jangkitan paru-paru dan kesihatannya kembali merosot.

Zam Zam yang pernah mengalami serangan jantung kira-kira lima tahun lalu, meninggalkan seorang balu, tiga anak  dan dua cucu.  - KitaReporters


10
10
0
11
0
You will be interested