
PENGARAH Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim. Kredit Foto Utusan.com.my
Polis tidak akan berkompromi dan akan bertindak tegas dengan mengenakan saman terhadap individu yang berani yang merentas negeri untuk pulang menyambut hari pertama Ramadan di kampung.
Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim berkata pemeriksaan ketat di semua sekatan jalan raya (SJR) di sempadan negeri akan dipertingkatkan dan hanya mereka yang mempunyai dokumen kebenaran rentas negeri yang lengkap sahaja akan dibenar meneruskan perjalanan.

“Saya percaya hujung minggu ini akan terdapat
peningkatan pergerakan di jalan atau lebuh raya untuk pulang ke kampung bagi
meraikan hari pertama Ramadan memandangkan tahun lepas mereka tidak dapat pulang
kerana Perintah Kawalan Pergerakan.
“Sekiranya anggota atau pegawai polis mengesan
individu cuba merentas negeri untuk balik ke kampung, tiada nasihat
lagi...ambil tindakan terus,” katanya di Melaka yang dipetik Sinar Harian, 5
April 2021.
Zainal Abidin berkata, setakat ini sebanyak 30 hingga
35 sekatan jalan raya dilaksanakan di setiap pintu keluar dan masuk serta sempadan negeri di
seluruh negara dan sekatan itu bergantung
kepada jumlah harian kes positif Covid-19.
“Sekiranya jumlah kes positif Covid-19 meningkat, kita
akan tambah sekatan dalam usaha meminimumkan pergerakan individu atau kenderaan
agar penularan Covid-19 dapat dikurangkan,” katanya.;KitaReporters