Seni & Sukan 06 May, 2025

Video| Tak mustahil untuk rujuk dalam idah! Harapan Edika! Lafaz cerai kerana itu Nor Hidayah pinta!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
.

Tiada niat hendak bercerai. Edika Yusof mengangggap ucapannya disalah tafsir. Namun dia terpaksa melafazkan cerai talak satu seperti diminta oleh isterinya. Nor Hidayah Yusri, 47, yang dikahwininya hampir 22 tahun iaitu sejak 2003. Namun Edika berharap mereka dapat rujuk dalam tempoh idah.

Edika atau nama sebenarnya Mohd Yusof Abd Majid melafazkan cerai talak satu di hadapan hakim syarie, Syed Muhammad Syahadi Syed Siksh, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, jam 10.42 pagi pada 5 Mei 2025.

Edika Yusof dan Nor Hidayah berpisah setelah hampir 22 tahun berkahwin

Dia melafazkan talak itu seperti dipinta oleh Nor Hidayah setelah prosiding ditangguh pada 23 April 2025 susulan Nor Hidayah dalam keadaan tidak suci. Lalu mahkamah menetapkan tarikh hari ini, 5 Mei 2025 bagi lafaz cerai.

Nor Hidayah menfailkan perceraian terhadap Edika pada pertengahan Februari 2025. Ia disahkan oleh peguam syarie Mohd Yazid Hazim yang mewakili Nor Hidayah pada 24 Mac 2025.

Menurut Mohd Yazid terdapat 10 dakwaan disertakan oleh Nor Hidayah atas sebab permohonan cerai, bagaimanapun pihaknya tidak boleh mendedahkan kerana ia boleh mengaibkan.


Kenangan.... Edika dan Nur Hidayah bersama anak-anak. Kredit foto: IG EDIKA YUSOF


Edika dan Nor Hidayah sudah tinggal berasingan beberapa waktu sebelum bercerai disebabkan tiada persefahaman Dua anak tinggal bersama Nor Hidayah sementara seorang tinggal bersama Edika.

Perkahwinan Edika dan Nur Hidayah membuahkan dua cahaya mata iaitu Fardeen Nasrulhaq, 21, dan Fereena Nurulhaq, 20. Sementara Nur Hidayah mempunyai seorang anak hasil perkahwinan terdahulu. 
"Siapa suka dengan perceraian, tapi sudah dua kali Nor Hidayah failkan, jadi saya nampak sangat kesungguhan mahu berpisah dan mahkamah juga membenarkan kami berpisah dengan talak satu.

"Mana tahu kalau ada usaha dan takdir mungkin kami boleh rujuk balik. Saya tidak pernah putus asa untuk menyelamatkan rumah tangga. Kalau ini boleh buat dia gembira, kita boleh terus menjadi kawan demi anak-anak dan agama.

"Saya selalu hantar mesej bertanya khabar, tapi cara dia seolah-olah mahu menjauhkan diri dan mengelak. Saya cuba jadi sahabat sebab jika sudah tiada kasih sayang terhadap saya buat apa nak buang masa," kata Edika menjawab pertanyaan petugas media selepas selesai prosiding. 


Edika menjawab pertanyaan petugas media selepas melafazkan talak satu.


Tambah Edika dia memberi masa kepada Nur Hidayah untuk berfikir lanjut dan kembali rujuk. Tetapi jika Nur Hidayah tetap enggan, Edika berharap mereka boleh terus mempunyai hubungan baik demi anak-anak.

Kisah hidup Edika dan Nur Hidayah mendapat perhatian ramai. Edika dilaporkan sanggup berkorban dan setia menjaga isterinya yang lumpuh separuh badan selepas melahirkan anak kedua mereka 16 tahun lalu.

Bermula sebagai model, Edika mula berlakon filem dan drama sejak tahun 1990-an. Selepas menyepi beberapa tahun Edika  dan kembali aktif berlakon sejak beberapa tahun kebelakangan ini. - KitaReporters

8
16
0
11
0
You will be interested