Seni & Sukan 19 Jun, 2020

Selepas 100 tahun! Foto aisberg punca Titanic karam muncul!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this

MASIH ingat filem epik berdasarkan kejadian sebenar, “Titanic’ yang menampilkan pelakon Leonardo DiCaprio sebagai ‘Jack’ dan kekasihnya, ‘Rose’ lakonan Kate Winslet? Aksi pasangan ini yang berpelukan di hujung kapal dengan gaya burung terbang menjadi ikutan ramai. Terbaharu, selepas 100 tahun kejadian, barulah muncul gambar bongkah ais (aisberg) yang menyebabkan kapal Titanic itu tenggelam. - KitaReporters

Foto aisberg yang dirakamkan dari kapal SS Etonian. - Kredit foto: The Independent.


Kapal persiaran Titanic dipercayai melanggar aisberg tersebut kira-kira  pukul 10.20 malam pada 14 April 1912 dan tenggelam beberapa jam kemudian, meragut kira-kira 1,522 nyawa.

Terbaharu, portal berita  The Independent  melaporkan sekeping gambar hitam putih yang diambil oleh seorang kapten, W. Wood dari  kapal SS Etonian pada 12 April 1912, iaitu dua hari sebelum Titanic tenggelam dibida pada harga 12,000 pound (AS$15,000 atau RM65,000) oleh sebuah syarikat pelelong.

Gaya pelakon Leonardo DiCaprio dan Kate Winslet yang menjadi ikutan ramai dari filem 'Titanic'.


Tentu korang nak tahukan apa bukti kesahihan gambar tersebut bukannya palsu?

Buktinya, Kapten Wood telah mencatatkan nota mengenai koordinat geografi bongkah ais tersebut yang dilihat hampir sama dengan aisberg yang menyebabkan Titanic tenggelam, 40 jam selepas kejadian.

Dan apabila menamatkan misi pelayarannya di New York, Kapten Wood telah mencetak gambar tersebut dan menghantarnya kepada datuknya bersama sepucuk surat.

Dalam surat tersebut, Kapten Wood menulis, "Saya mengirimi anda gambar laut… dan bongkah ais yang menenggelamkan Titanic.”

"Kami melintasi lintasan ais ini selepas 40 jam ke hadapan pada waktu siang jadi dapat melihat bongkah ais dengan jelas dan memudahkan saya mengambil gambarnya,” catat Wood.


Gambar kredit: BNPS.

Walau pun gambar itu bertarikh tahun 1913, namun pelelong berpendapat surat kapten Wood ‘menyokong’ kesahihan gambarnya.

Malah pada gambar itu juga tertulisnya  satu catatan menggunakan dakwat hitam yang menyatakan,  ‘Iceberg’ taken by Captain Wood SS Etonian in 41°50N 49°50W April 12th at 4pm’.

Menurut pelelong Andrew Aldridge, “Tidak pernah ada satu gambar bongkah ais pun yang diambil dari atas kapal Titanic,  yang ada hanya gambaran yang seumpama pada kawasan sama sebelum dan selepas kejadian.”

“Tetapi gambar yang dirakamkan oleh Kapten Woods merupakan yang paling mungkin daripada gambar lain-lainnya,” tambah Aldridge sambil memberitahu antara  lakaran bongkah ais yang dilukis oleh beberapa krew kapal kelihatan agak sama dengan gambar Woods.

Pun begitu, lebih menguatkan lagi bukti adalah surat yang ditampilkan oleh Woods kepada datuknya.

“Woods amat beruntung apabila berpeluang merakamkan gambar aisberg berkenaan,” ujar Aldridge.

Ini dia biola milik  Wallace Hartley yang dijumpai pada badannya yang mati tenggelam. 

Untuk rekod, sebelum ini, harga tertinggi bagi jualan artifaks yang ditemui berhubung kait dengan kapal Titanic berupa sebuah biola milik ketua kumpulan muzik, Wallace Hartley, yang berjaya dibida pada harga $1.7 juta pada tahun 2013.

Ketika filem 'Titanic' ditayangkan pada tahun 1997 ia mencatat filem pecah panggung terbaik dalam sejarah perfileman dengan kutipan mencecah AS$1,846,034,188 di seluruh dunia malah memenangi 11 Anugerah Akademi pada 23 Mac 1998 termasuk Filem Terbaik 1997. - KitaReporters

0
2
0
0
0
You will be interested