Kelab Wartawan Media Terengganu (KAWAT) disertai 30 ahli termasuk ahli keluarga berkunjung ke beberapa lokasi menarik di sekitar Perak dan Pulau Pinang sempena Kembara Media KAWAT 2021 pada 17 sehingga 20 November 2021.
Antara destinasi pelancongan dikunjungi delegasi kelab media ini ialah Lost World Of Tambun, Fantasy House Trick, Bukit Bendera, Padang Kota, Chowrasta Road serta Komtar.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan wartawan
MOHD SHUHAIMI AHMAD menyampaikan ucapan sewaktu pertemuan antara KAWAT dengan Kelab Sukan dan Kebajikan Media Perak yang diadakan di Lost World Of Tambun, Perak.
Timbalan Presiden Kawat, Mohd Shuhaimi Ahmad berkata
Program Kembara Kawat 2021 merupakan kesinambungan aktiviti tahunan diadakan
sebelum ini yang pernah membawa ahli berkunjung ke luar negara serta beberapa
negeri dalam Malaysia.
“Kembara KAWAT adalah salah satu usaha atau inisiatif dilaksanakan bagi mengeratkan hubungan silalturahim dalam kalangan ahli.
“Selain mengalakkan pelancongan domestik dalam negara, Kembara Kawat juga telah ke luar negara seperti Bandung, Jakarta, Tanjung Balai serta Bangkok. Edisi Kembara Media KAWAT 2021, kita berkunjung ke Perak dan Pulau Pinang.
“Kunjungan ke Perak ini sebenarnya sebagai lawatan balas kepada Kelab Sukan dan Kebajikan Media Perak yang pernah ke Terengganu sebelum ini. KAWAT telah bercadang ke Perak sejurus lawatan mereka namun tertangguh akibat pandemik Covid-19.
“Perancangan akhirnya direalisasikan dalam Kembara Media KAWAT 2021 Perak-Pulau Pinang ini. Selain dapat mengenali antara satu sama lain, pertemuan dengan kelab media di negeri lain ini juga peluang untuk bertukar fikiran,” katanya.
Tambah beliau, pertemuan antara KAWAT dengan Kelab Sukan
dan Kebajikan Media Perak yang diadakan di Lost World Of Tambun itu dimeriahkan
dengan kehadiran Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin @ Md Daud.
Katanya lagi, turut sertai minum petang berkenaan ialah Pengurus Besar Lost World Of Tambun, Nurul Nuzairi Mohd Azahari.
Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Shuhaimi memaklumkan KAWAT mempunyai 150 ahli dibahagikan kepada dua kategori iaitu ahli biasa dan ahli bersekutu.
Ujarnya, ahli biasa adalah mereka yang masih bertugas dengan agensi media manakala ahli bersekutu terdiri daripada individu telah bersara atau pun bertukar kerjaya dan sebelum ini pernah bertugas dengan agensi media. - KitaReporters