Seni & Sukan 19 Apr, 2022

Keluarga Malaysia Back to School! MKH sumbang set penjagaan diri, baucar buku! Kepada 100 pelajar!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


Pelajar SJKT West Country (Timur) gembira menerima sumbangan MKH Berhad sempena program Back to School ketika sesi  serahan sumbangan kepada Guru Besar, Supuletchemi A/P Nallappan (barisan belakang, tengah)


BERTEPATAN dengan aspirasi Keluarga Malaysia, kira-kira 100 pelajar dari golongan berpendapatan rendah B40 dari dua buah sekolah dan sebuah rumah kebajikan kanak-kanak sekitar Selangor menerima sumbangan barangan set penjagaan diri dan baucar buku daripada syarikat MKH Berhad sempena Program Back to School baru-baru ini. 

Pelajar berumur di antara 7 hingga 12 tahun dari SK 2 Jalan Bukit dan SJKT West Country  (Timur) serta Shepherd’s Centre Foundation masing-masing menerima sumbangan pelitup muka kanak-kanak, cecair dan tisu pembasmi kuman serta baucar buku  CzipLee Books & Stationery Kajang bernilai RM30.00


Lagi cerita-cerita berkaitan program Back to School

Pengurus Komunikasi Korporat, MKH Berhad, Terence Law (kiri) menyerahkan sumbangan sempena program ‘Back to School’  kepada Pastor Jacop David (kanan) dan penghuni Shepherd’s Centre Foundation di  Semenyih baru-baru ini.


MKH dalam satu kenyataan pada 18 April 2022 berkata, memandangkan kes penularan Covid-19 semakin meningkat sejak akhir-akhir ini, sumbangan penjagaan diri ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban ibu bapa pelajar ini dalam menyediakan kelengkapan penjagaan diri anak-anak mereka memandangkan sesi persekolahan penggal 2022/2023 telah dibuka pertengahan bulan Mac 2022 lalu.  

“Melihat kepada kes penularan wabak Covid-19 ini juga amat tinggi dalam kalangan pelajar sekolah sejak kebelakangan ini, MKH mengambil inisiatif ini menyumbangkan set penjagaan diri kepada mereka agar para pelajar ini lebih prihatin dalam penjagaan dan kebersihan diri”, ujar Pengurus Komunikasi Korporat, MKH Berhad, Terence Law


Guru Besar SK 2 Jalan Bukit, Shaliza Sheriff (tengah) serta Penolong Kanan, Hal Ehwal Murid, SK 2 Jalan Bukit, Wastiah Dahlan (kiri)  hadir menerima sumbangan di ibu pejabat MKH Berhad di Kajang baru-baru  ini.  


Guru Besar Sekolah Kebangsaan 2 Jalan Bukit, Shaliza Sheriff berkata, sumbangan ini  sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga pelajar dalam menyediakan  kelengkapan penjagaan diri anak-anak mereka dan memberi keceriaan kepada pelajar  kami yang baru memulakan sesi persekolahan. 

“Terima kasih kepada pihak MKH yang sangat prihatin dan sudi memberi sumbangan kepada pelajar-pelajar sekolah ini”, ujarnya dalam kenyataan tersebut.

Sementara itu, Guru Besar SJKT West Country (Timur), Supuletchemi A/P Nallappan berkata sumbangan set penjagaan diri ini amat bermakna bagi para pelajarnya  tambahan pula ia turut disertakan dengan baucar buku yang boleh dimanfaatkan oleh  mereka bagi tujuan pelajaran. 

Bagi Pastor Jacop David penjaga Shepherd’s Centre Foundation, sumbangan daripada  MKH ini amat bermakna bagi pusat jagaannya memandangkan beliau juga perlu  menyediakan sejumlah bajet untuk penyediaan set penjagaan diri setiap bulan bagi  penghuni di rumah kebajikan tersebut. - KitaReporters


Guru Besar SJKT West Country (Timur), Supuletchemi A/P Nallappan (dua dari kanan) menerima sumbangan MKH Berhad di sekolah itu baru-baru ini.

17
12
0
9
0
You will be interested