Seni & Sukan 24 Oct, 2020

Indah dalam seram! 30 gambar 'rare' di dalam Penjara Pudu!

@sarfarizmal saad
Penulis merupakan pemimpin pelajar IPTA suatu ketika dulu. Pernah bertugas di 4 kementerian dan beberapa pasukan komunikasi strategik. Mula menulis di akhbar sejak 2009. Bekas Ahli Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan dan bekas Pegawai Khas YBM.

Share this

PENJARA merupakan satu-satunya tempat yang tidak mahu diduduki manusia normal jika diberi pilihan. Gambaran sebagai sebuah ruang kecil, busuk, kotor dan penuh dengan sisi negatif menghantui kita semua tatkala menyebut soal penjara. Di negara kita, jika ditanya akan penjara, sudah tentu ramai yang akan teringatkan Penjara Pudu di Kuala Lumpur. : KitaReporters



Lagi cerita-cerita berkaitan penjara:

https://kitareporters.com/search?search=penjara


Penjara itu merupakan sebuah legenda bagi negara kita kerana menyimpan pelbagai jenis kisah manusia.

Penjara Pudu telah dibina oleh Kolonial British pada tahun 1895, telah dirobohkan oleh pihak kerajaan untuk membangunkan pusat komersial di tapak tersebut.




Tiada siapa yang tahu wajah sebenar Penjara Pudu melainkan mereka yang pernah menghuni di tempat yang 'keras' itu sahaja.

Namun 'tuah badan', pada tahun 2009 lalu, seorang Facebooker bernama Amri Daud bersama kawan-kawannya telah berjaya masuk ke kawasan penjara berkenaan dan merakamkan beberapa foto yang boleh dikatakan cukup eksklusif dan punya nilai tersendiri.



Agak menyentuh hati, sepanjang 101 tahun operasinya, pelbagai luahan kata-kata, lukisan dan gambar penuh emosi yang diekspresikan ke dinding-dinding sel tahanan.

Dakwa Amri, ia dipercayai adalah hasil ‘nukilan’ banduan-banduan di sana, sehinggalah ke hari terakhir sebelum penjara itu ditutup secara rasmi pada 1996.

Mari kita sama-sama hayati hasil 'karya' bekas penghuni Penjara Pudu seperti berikut :








Lihat juga 'karya-karya' berikut yang menggambarkan wajah sebenar Penjara Pudu suatu ketika dahulu. Boleh dikatakan 'meriah' juga penjara ini :











Cuba lihat contengan yang mungkin boleh diistilahkan sebagai seni-seni pada dinding penjara. 

Ada yang melukis, ada yang buat kalendar ‘menghitung hari’, ada menulis puisi meluah isi hati dan ada juga sekadar menampal gambar-gambar ‘modal’ untuk mereka ‘berfantasi’.









Namun semua gambar ini sekarang sekadar menjadi memori yang tidak akan mampu dijumpa lagi. Tak mustahil, suatu hari nanti gambar-gambar ini akan menjadi sebuah khazanah bersejarah untuk cucu cicit kita mengenali apa itu Penjara Pudu dan apa yang ada di dalamnya. - KitaReporters



28
22
15
6
0
You will be interested