Seni & Sukan 03 Apr, 2021

Warga emas belajar tulis skrip drama, filem! Liza Abdullah kongsi ilmu Bengkel Penulisan D’Klik

@rosdi ismail
Berpengalaman sebagai pemberita bersama Berita Harian (BH) bermula pada tahun 1985 hingga 2017. Pada tahun 1991, diserapkan dalam unit penyunting BH di Bangsar, Kuala Lumpur. Kemudian, pada tahun 1997 dipindahkan ke unit pendidikan BH sebagai penyunting

Share this

Peserta bengkel termasuk dalam kalangan warga emas tekun mendengar ceramah yang disampaikan pembimbing jemputan.


BENGKEL Penulisan D’Klik 2.0 yang menarik ramai peserta termasuk warga emas mengejutkan penganjur Zahanna Adamm Enterprise yang diadakan di sebuah hotel di Kuantan, Pahang selama dua hari mulai 29 Mac 2021 lalu.

Rata-rata mereka melupakan sifat malu untuk bersama-sama peserta remaja bagi menimba ilmu tambahan dalam bidang penulisan skrip untuk drama dan filem yang boleh mendatangkan sumber pendapatan lumayan. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penulisan

Zanahariah Jaafar (kiri) bersama-sama antara peserta warga emas bengkel itu.


Bengkel  menggunakan slogan ‘Daripada idea ke layar kaca’ turut mendapat kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Pahang (JKKNP) itu disertai 30 peserta dalam kalangan bekas penerbit radio, penulis novel, guru, remaja dan sebagainya.

Bengkel yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, Dato’ Seri Hajah Shahaniza Shamsuddin dibimbing bekas wartawan Utusan Malaysia, Siti Rohayah Atan dan penulis skrip radio, Aminah Mokhtar.


Liza Abdullah menerangkan teknik menghasilkan skrip yang menarik sehingga meninggalkan kesan kepada penonton atau pendengar.


Pengarah projek bengkel itu, Zanahariah Jaafar, berkata dramatis popular, Liza Abdullah turut dijemput khas untuk berkongsi pengalaman sebagai seorang pelakon dan cara menghayati skrip bagi drama dan filem supaya benar-benar berkesan

Menurut beliau, kehadiran Liza menambahkan lagi kemeriahan bengkel itu yang mendapat tepukan gemuruh peserta selain tidak loket untuk berkongsi ilmu serta mendedahkan bahawa penulisan skrip mampu memberi sumber pendapatan lumayan.



Peserta begitu teruja dapat berkongsi ilmu penulisan skrip dan pengalaman berlakon dengan Liza.


Katanya, dalam sesi soal jawab Liza tidak jemu untuk menjawab pelbagai soalan daripada peserta kerana secara tidak langsung membantu mereka mempraktikan kaedah menghasilkan sebuah skrip yang menarik dan mampu memikat penerbit drama atau filem

“Sesi itu amat teruja kepada peserta apabila dapat berdepan dengan seorang pelakon yang selama ini mereka hanya menonton menerusi televisyen atau filem sahaja apabila dapat mendengar nasihat Liza supaya menghasilkan skrip yang bermanfaat kepada penonton dan pendengar,” kata Zanahariah.


Shahaniza Shamsuddin (tengah) menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta bengkel.


Zanahariah berkata, Siti Rohayah berkongsi ilmu serta menerangkan mengenai cara berkesan untuk menjadikan skrip bernilai dan dapat menghidupkan watak yang dibawakan oleh seseorang pelakon hingga meninggalkan kesan kepada penonton atau pendengar.

Menurutnya, Aminah pula menggunakan kesempatan dalam bengkel itu untuk menerangkan dengan lebih terperinci kepada peserta kaedah menulis skrip yang baik mengikut kehendak stesen radio dan pelakon yang dipilih bagi menjayakan sesuatu watak.


Shahaniza (duduk empat dari kanan) dan Zanahariah bergambar bersama-sama peserta bengkel.


Katanya, walaupun bengkel itu dijalankan dalam situasi pandemik Covid-19, penganjur memastikan semua mereka terbabit mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan tidak menghalangkan peserta untuk terbabit dalam sesi perbincangan serta gerak kerja.

“Shahaniza ketika berucap merasmikan bengkel itu menasihati peserta untuk menimba ilmu daripada mereka berpengalaman supaya dapat menghasilkan skrip yang mampu mendidk rakyat dan memberi banyak manfaat. 

“Saya turut berasa terharu apabila dapat berkongsi ilmu bidang penulisan skrip dengan warga Pahang walaupun menghadapi kekangan dalam situasi pandemik Covid-19 sekarang,” kata Zanahariah.

Sebelum ini, dua bengkel yang sama sudah diadakan di Melaka pada Oktober dan Disember 2020 lalu apabila turut mendapat sambutan daripada dalam kalangan bekas wartawan akhbar. - KitaReporters


Shahaniza (kiri) menyampaikan cek replika tajaan kerajaan negeri Pahang kepada Zanahariah.

13
4
0
0
0
You will be interested