Seni & Sukan 28 Mar, 2020

SELAMAT: AGIH BANTUAN KAEDAH PANDU LALU

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this
Pada saat negara dilanda musibah, pelbagai agensi mahu dan akan turun padang untuk membantu golongan memerlukan. Namun dalam mengagihkan bantuan, faktor keselamatan diri tetap diutamakan. Bagi NGO, Volunteer I Care (VIC), mereka memilih kaedah drive through (pandu lalu) bagi mengagih-agihkan bantuan berupa makanan. : KitaReporters

PENERIMA hanya perlu mengambil barangan menggunakan kaedah pandu lalu tanpa perlu berkumpul beramai-ramai. - Kredit foto: https://www.facebook.com/VolunteerICare/


Menurut Pengerusinya, Muhammad Afiq Aiman Sukry, VIC berupa Kelab Sukarelawan Prihatin Kelantan yang menyediakan bantuan bekalan barangan asas kepada golongan yang memerlukan, khususnya kumpulan asnaf.Katanya, VIC tidak menggunakan kaedah pengagihan bantuan dari rumah ke rumah bagi mengelak penerima berkumpul, sekali gus berisiko mendapat penyakit.

Katanya, pengagihan bantuan dilakukan melalui kaedah pandu lalu dilihat menjimatkan masa selain memudahkan golongan itu menerima tanpa memerlukan mereka berkumpul.

Katanya, pendekatan itu dibuat sebagai langkah mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan kerajaan sehingga 14 April 2020.

"Penerima tidak berisiko untuk dijangkiti wabak COVID-19 dan kami harap mereka dapat mengambil bantuan makanan yang disediakan serta pulang ke rumah dengan selamat," katanya dipetik dalam akaun Facebook Volunteer I Care (ViC) (https://www.facebook.com/VolunteerICare/) dan Sinar Harian.

Kredit foto: https://www.facebook.com/VolunteerICare/


Agihan yang dilakukan itu mendapat sambutan golongan asnaf dan pada peringkat ini, VIC hanya menyasarkan 200 penerima dan akan diteruskan di beberapa kawasan lain mengikut keperluan. 

Antara barangan yang disumbangkan termasuklah keperluan asas seperti telur, beras, bihun, susu, sardin, teh, gula, gandum, biskut dan mi segera.

Manakala asnaf yang terpilih menerima pek makanan ini terdiri daripada mereka yang tidak boleh bekerja dan hanya bergantung kepada pendapatan harian

SEHINGGA kini sebanyak 200 pek makanan diagihkan secara berperingkat dan akan diteruskan di beberapa kawasan lain mengikut keperluan. - Kredit foto: FB VolunteerICare.


“Sepanjang tempoh PKP mereka tidak boleh keluar mencari rezeki seperti kebiasaannya dan pihak kami berharap barangan keperluan asas yang diberikan ini dapat menampung keperluan mereka yang memerlukan,” katanya.

Katanya, agihan bantuan itu akan diteruskan ke beberapa kawasan dan sehingga kini sebanyak 200 pek barangan asas seperti beras, minyak masak, gula serta keperluan lain diserahkan kepada golongan memerlukan terutama asnaf yang tidak dapat keluar bekerja.

"Alhamdulillah pihak kami sentiasa mendapat sokongan dan sumbangan daripada Kita Fund.Com untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan. 

"Harapan kami semoga golongan asnaf tidak tertekan dan terus mematuhi arahan PKP dengan tenang serta berdoa wabak COVID-19 dapat diatasi," katanya. 

KELUARGA asnaf yang menerima bantuan daripada Kelab Sukarelawan prihatin kelantan (VIC) . Kredit foto: FB VolunteerICare.


Terdahulu, VIC Kelantan mengagihkan 70 pek barangan dapur dalam Program Pek Makanan Drive Thru (pandu lalu) kepada golongan asnaf di sekitar Kota Bharu yang terjejas.

Dalam masa sama pihaknya menyasarkan untuk menyediakan makanan kepada petugas bahagian depan di hospital berdekatan yang bertungkus lumus menangani penularan wabak COVID-19. 

“Pihak kami juga mengalu-alukan mana-mana syarikat atau individu yang ingin menyumbang untuk agihan Pek Makanan Drive Thru ini kepada golongan memerlukan sepanjang tempoh PKP," ujarnya.

Bagi sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi bendahari Kelab VIC, Saripah Ismail melalui talian 0179731194. - KitaReporter


Video proses pembungkusan barangan sumbangan yang berjaya dikumpul oleh VIC untuk diagihkan golongan memerlukan. 


14
3
0
0
0
You will be interested