Seni & Sukan 01 Apr, 2020

DUDUK DI RUMAH, SAKAN MEMBELI BELAH ONLINE

@normala hamzah
NORMALA HAMZAH penerima Anugerah Wanita Inspirasiku 2015. Bekas Pengarang Kanan meja Keluarga Utusan Malaysia dan majalah Wanita. Penulis buku Permaisuri, Ibu Halimah dan Odyssey Dari Lembah ke Puncak. Kini aktif dalam Projek Wakaf Telekung Siti Aishah. Emel >> [email protected]

Share this
Assalamualaikum dan selamat pagi. Kongsi minda, bersih jiwa. : KitaReporters

Kredit foto: cedcommerce.com


Renungan.

Menulis dari jiwa.


Duduk rumah banyak kerja

Ada masak ada mengemas

Bermain dengan anak juga dikira

Tonton TV sudah semestinya


Ada yang suka

Ada yang dah jemu

Berkurung lama jadi buntu

Mahu tak mahu kena akur

Demi sebuah kelangsungan hidup


Hai semua

Macam mana hari ini?

Teruskan bersabar dan bermuhasabah.

Gandakan ibadah dan berdoa. Kukuhkan kasih sayang keluarga.

Inilah masa buktikan tangungjawab.


Tapi saya hendak kongsi kisah seorang teman mengenai sikap isteri dan anak-anak daranya semasa tempoh PKP ini. 

Kata sahabat ini, Irfan namanya. Duduk di rumah membawa makna yang lain kepada isteri dan anak-anak daranya selain mengelak dari Covid-19..

Mana tidaknya, iklan jualan pelbagai produk dalam TV jadi pesta membeli-belah bagi isteri dan anak-anak daranya.

Periuk belanga, pakaian, peralatan dan perhiasan rumah, produk kesihatan dan kecantikan tidak dapat diketepikan begitu sahaja.

Dari pagi sampai malam tak miss tengok iklan jual barang.


Kalut telefon order. Semua berkenan sebab terpengaruh dengan celoteh dan demonstrasi yang ditunjukkan.

Padahal kat dapor masih ada periok dan pinggan mangkok yang belum guna. 

Rumah sudah jadi macam gym dengan peralatan senaman. Nak kurus katanya, excecisenya tidak!


Dah seminggu saya perhatikan.

Kata Irfan selama ini dia tak tahu sebab dia orang order dari pejabat, sekarang rahsia dah terbongkat. 

Patut la duit tak pernah cukup. Ini kerja dia orang.


Apa nak buat?

Ditegur takut tersentap.

Tak tegur, takut jadi amalan

Susah nak kawal. Terjejas masa hadapan.


Insya-Allah, kena tegur juga.

Tunggu masa sesuai. Sekarang tempoh bertenang, kata Irfan.

Tak pa bagi dia orang enjoy dulu.

Ketua keluarga kata Irfan bukan setakat keluar beli barang untuk stok PKP tapi kena tegur juga sikap isteri dan anak-anak yang membazir ini.


Anda bagaimana?

Ada cerita hendak dikongsi?

Moga kita dapat manfaat daripada kisah yang dikongsi Irfan ini.


Iktibar daripada kisah ini.

Kawal diri dan nafsu.

Jangan terpengaruh dengan jualan murah dan keistimewaan produk.

Lebih baik guna apa yang ada dan masih elok.

Bukan tak boleh beli, berpatut padan.

Pilih yang perlu dan mampu. Bukan yang kita mahu.


Guna wang untuk perkara yang lebih penting.

Simpan untuk masa terdesak. Contoh waktu macam Covid-19 ini.

Jangan seronok dok transfer duit beli barang sedar-sedar, duit kurang.

Sifat ini jika diamalkan jadi ketagih, beringatlah. 

Pilihan di tangan anda.

Sekadar pesan memesan dan ingatan diri sendiri juga.


❤️🌹 Membeli tidak salah. Apa yang dibeli juga tidak salah. Yang salahnya jika keterlaluan membeli. Berjimat kan lebih baik. Hati senang keluarga girang. ❤️🌹 - KitaReporters
1
0
0
0
0
You will be interested