Seni & Sukan 21 Oct, 2021

Video| Pelajar 12 tahun punyai nama unik! Nama penuh ABCDEF GHIJK Zuzu! Tapi panggil sahaja Adebz

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
Surat beranak yang memperlihatkan nama uniknya. - Kredit foto: Sumeks.co

SEORANG pelajar berusia 12 tahun di Kabupaten Muara Enim, Sumatera Selatan mempunyai nama unik berdasarkan abjad. Namanya ABCDEF GHIJK Zuzu.

Perkataan Zuzu adalah gabungan nama ibu bapanya.

Pemilik nama unik ini adalah anak pertama daripada tiga beradik bagi  pasangan suami isteri Zulfahmi, 41, dan Zuhro Liani, 36. Bagaimanapun dia lebih selesa dipanggil Adebz atau Adef.


Adebz bercita-cita jadi pemain bola. - Kedit foto: Tribun Sulsel

Zulfahmi yang dihubungi Kompas melalui telefon pada Rabu, 20 Oktober 2021 berkata, nama unik berupa abjad itu dirancang sebelum dia berkahwin dengan Zuhro Liani.

Tambah Zulfahmi yang minat menulis, dia mempunyai masalah untuk mendaftarkan nama itu dan terpaksa berdebat dengan kakitangan ketika pendaftaran.

Nama itu menjadi tular apabila seorang anggota polis merakamkan video diri Adebz dan namanya pada baju sekolahnya ketika menjalani proses vaksinasi di ibu pejabat Polis Muara Enim baru-baru ini.

Adebz bercita-cita menjadi pemain bola dan ibu bapanya menyokong cita-citanya. Adebz tidak malu mempunyai nama unik, sebaliknya bangga diberi nama itu oleh bapanya.

Dia juga berasa bangga apabila dirinya tular akibat keunikan namanya. - KitaReporters


12
15
0
10
0
You will be interested