Seni & Sukan 23 Oct, 2021

Pencuri berhati mulia! Mengaku terdesak, mohon maaf! Pulangkan semula sebahagian barang dicuri!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

Tulisan tangan daripada pencuri yang memohon maaf selepas keadaan mendesak sehingga memaksa dirinya mencuri.


SEORANG lelaki tidak menyangka barangan peribadi seperti komputer riba, kamera digital dan telefon bimbit miliknya 'pulang' semula ke pangkuannya selepas rumahnya digeladah masuk beberapa hari lalu.

Indris Ulfi Vianto dari Sidoarjo, Jawa Timur, Indonesia yang mengakui barangan berkenaan sangat penting kepada mereka sekeluarga seperti tidak percaya apabila tidak menyangka si pencuri sanggup mengembalikan barangan itu semula kepadanya.

Indris berkata, dia menerima semula kesemua barangan berkenaan yang dimasukkan ke dalam sebuah bungkusan kotak itu dan dihantar menggunakan perkhidmatan Gojek.

Malah, dalam bungkusan kotak itu turut terselit sepucuk surat daripada si pencuri berhati mulia!.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan mencuri

Gambar yang dirakam menerusi CCTV ketika pencuri sedang menggeladah kediaman Indris di perumahan Sidoarjo, Jawa Timur


Menurut si pencuri itu, dia terpaksa bertindak menggeladah kediaman Indris kerana keadaan terdesak sehingga memaksa dia menjadi seorang yang bertangan panjang.

Malah pencuri berkenaan mengaku telah menjual menjual barang kemas milik isteri Indris berikutan keadaan terdesak berikutan terperangkap dengan hutang lama.

Namun si pencuri berjanji akan memulangkan semula sekiranya dia telah memiliki wang.



INDRIS Ulfi Vianto menunjukan surat yang dikirim oleh pencuri bersama barangan yang dicuri di rumah mangsa di Perumahan Pondok Jati, Taman, Jawa Timur pada 19 Oktober 2021. - kredit foto: Memorandum.co.id 


Menurut Indris, kejadian kecurian barangan tersebut termasuk barangan kemas isterinya bernilai Rp3 juta (RM900) pada 18 Oktober 2021 ketika mereka sekeluarga  keluar bekerja. 

Bagaimanapun dia hanya menyedari rumahnya dimasuki pencuri selepas isterinya melihat barang kemas miliknya tiada dalam simpanan.

Mereka kemudian terus bergegas  membuat laporan polis sebelum penyiasat membuat siasatan terhadap kediaman mereka.



“Namun selepas selesai membuat laporan laporan polis, saya terkejut kerana ada perkhidmatan penghantar barang menghantar bungkusan besar kepada saya sedangkan sebelum ini saya tidak pernah membuat tempahan barang secara dalam talian.

"Namun, dalam keraguan saya tetap membuka bungkusan itu dan terkejut apabila mendapati komputer riba, kamera dan handfon milik saya yang hilang itu dihantar semula bersama sepucuk surat," kata Indris yang pelik bagaimana si pencuri itu mengetahui namanya.

Bagaimanapun barangan kemas milik isterinya tidak pulang balik sebaliknya pencuri mengaku telah menjual perhiasan berkenaan.


ANTARA barangan yang pulangkan kembali kepada Indris oleh pencuri terbabit yang berhati 'mulia'. - Kredit foto: detikNews.com


Antara isi kandungan surat itu:

"Assalamualaikum Warahmatullahi

Wabarokatuh

Mohon maaf Mas Indris

Sejujurnya saya tidak berniat mencuri

Tapi keadaan saya benar-benar tertekan

Sebenarnya saya terjerat pinjaman Online

Saya sampai sekarang sudah menyerah pada kehidupan ini

Ini saja yang bisa saya kembalikan

Yang tidak ada sudah terpakai membayar hutang

Jika suatu saat saya punya uang, pasti saya kembalikan

Tidak tahu nanti bagaimana caranya

Minta maaf yang sebesar-besarnya

Wassalamualaikum warahmatullahi

Wabarokatuh."

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Taman, Kompol Hery Setyo Susanto mengesahkan kejadian tersebut dan berlaku kira-kira 10 pagi dan hasil pemerhatian daripada rakaman CCTV mendapati penjenayah berkenaan memasuki kediaman daripada bahagian dapur.

Menurut Hery, hasil siasatan polis berdasarkan rakaman CCTV di rumah mangsa mendapati pelaku yang hanya bersendirian dan memakai berbaju dengan  seluar pendek berwarna hitam ketika memecah masuk kediaman berkenaan. - KitaReporters


SURAT yang ditulis oleh pencuri terbabit. - Kredit foto: Tribunnews.com

18
11
0
10
0
You will be interested