Seni & Sukan 25 Jul, 2021

Video| Bosan duduk rumah? Ada bakat menyanyi? Sertai COF Lockstar! Peluang unlock wang besar!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this


DALAM tempoh semua berhadapan dengan pandemik COVID-19 ini pastinya apa sahaja peluang untuk menjana wang ringgit menjadi rebutan dan perhatian apatah lagi jika ia membabitkan hadiah bernilai RM50,000. 

Siapa tak nak kan apatah lagi jika dah ada bakat terpendam yang mudah seperti kebolehan menyanyi,

Jika anda rasa diri layak dan  boleh mendatangkan rezeki apa kata sertai pertandingan berkonsepkan program realiti, 'COF Lockstar' yang diadakan secara dalam talian.

Anjuran syarikat rakaman COF Music, pertandingan tersebut bermatlamat untuk mencungkil bakat baharu di kalangan remaja mahu pun artis sedia ada tetapi tidak terikat dalam mana-mana label untuk diberi peluang mengetengahkan bakat mereka dalam pasaran muzik semasa.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pertandingan menyanyi


Iya,  program berkenaan membuka ruang kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 sehingga 30 tahun termasuk meeka yang sudah bergelar penyanyi sekali pun.

“COF LOCKSTAR ini adalah platform untuk mencari bakat baharu dalam kalangan penyanyi secara solo, rapper atau berkumpulan sama ada duo atau grup. Artis sedia ada pun boleh masuk tetapi hanya pada yang tidak terikat dengan mana-mana syarikat rakaman,” ujar  Pengarah Urusan COP Music, Aman Nassim (gambar bawah),



Menurut Aman, program tersebut merupakan satu inisiatif COF Music membangkitkan aktiviti sihat sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sekali gus mereka yang bakal terbabit boleh menjana pendapatan berdasarkan hadiah wang tunai disediakan bagi setiap pemenang.

Hadiah tempat pertama bernilai RM50,000 merangkumi hadiah wang tunai RM8,888, trofi dan kontrak bersama COF Music, manakala pemenang tempat kedua berpeluang membawa pulang wang tunai RM5,555 berserta trofi dan pemenang tempat ketiga pula boleh meraih RM3,333 berserta trofi.

Sementara itu turut disediakan dua kategori iaitu ‘Most Creative’ dan ‘Most Viewers’ yang masing-masing membawa pulang RM1,000 dan trofi.



Istimewanya, 'COF Lockstar' turut menampilkan empat penyanyi terkenal tanah air selaku juri profesional iaitu Hazama, Akim Ahmad, Black Hanifah dan Tomok sementara pengacara dan pelawak Ajak atau nama sebenarnya, Mohd Hanaffi Razak berindak selaku hos program.

Bercerita lanjut mengenai pemilihan barisan juri daripada lelaki kesemuanya, Aman Nassim ada alasannya tersendiri.

“Kesemua mereka pernah menjadi juri untuk program realiti dan kebetulan  kita memang mencari bakat baharu, jadi pemilihan mereka dianggap sangat sesuai,” jawabnya.

Beliau menambah, tidak timbul istilah kenapa semua juri lelaki dan tidak ada perempuan kerana yang penting mereka profesional.

“Bagi saya mereka semua hebat dan masing-masing ada sesuatu yang menarik dan cita rasa tersendiri,” tambah Aman.



Berhubung syarat pertandingan, COF Music tidak meletakkan sebarang sasaran untuk mencari penyanyi dari mana-mana genre lagu.

“Apa yang penting kita nak yang berkualiti dan bagus. Pada saya matlamat COF nak cari penghibur terbaik kerana Industri kita pun kurang penyanyi sebegini. Jadi saya rasa inilah masanya untuk cungkil bakat baharu untuk kita bentuk dan latih mereka menjadi lebih baik,” jelas Aman sambil berharap semua pelapis baharu yang menyertai pertandingan dapat gali dan keluarkan bakat berkualiti masing-masing untuk diketengahkan dalam industri muzik.

Penjurian bermula dengan mencari 10 video nyanyian terbaik sebelum bermulanya episod pertama yang bakal ditayangkan dalam saluran YouTube COF Music pada 7 Ogos 2021

Bakal berlangsung selama empat episod di mana pada setiap episod akan diadakan penyingkiran yang mana  pemenang bakal diumumkan pada episod akhir. 



Bagi yang ingin menyertai pertandingan COF Lockstar ini mudah sahaja. 

Caranya, peserta perlu ke Instagram COF Music, di bahagian bio perlu mengisikan borang penyertaan yang disediakan.

Kemudian, muat naik video nyanyian berdurasi seminit dengan meletakkan tanda pagar #COFLOCKSTAR dan #COFMUSIC. 

Perlu dipastikan juga akaun Instagram peserta tidak diletakkan pada mode ‘private’ bagi memudahkan penganjur mencari dan menilai video.

Kesemua video yang dihantar akan ditayangkan di semua platform media sosial COF Music sebelum 10 yang terbaik dipilih dan diumumkan.

Good luck’ semua, mana tahu ada hikmah di sebalik musibah yang dialami ketika ini. Ada habuan  masing-masing menanti esok hari, yang penting usah berputus asa sehingga bertindak di luar jangkaan. - KitaReporters


0
2
0
0
0
You will be interested