Seni & Sukan 25 Jan, 2022

Video| Wanita bersanding solo! Kekasih tarik diri! Tidak mahu tinggal bersama keluarga isteri!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

NI Putu Melina. - Kredit foto: Tribunnews.com


SETIAP pasangan pengantin yang bersanding pasti membayangkan indahnya pada hari istimewa tersebut yang diraikan ahli keluarga serta sahabat handai. Namun semua yang dirancang belum nyata menjadi realiti.

Keadaan sama berlaku dalam kejadian di Indonesia apabila dua hari sebelum menjelang majlis pernikahan diatur, pengantin lelaki telah 'buat hal' dan membatalkan perkahwinannya.

Semuanya dipercayai berlaku gara-gara pengantin lelaki tidak mahu tinggal bersama keluarga pengantin perempuan selepas berkahwin.


Lagi kisah menarik berkaitan perkahwinan


SEORANG sanak saudara hadir di pelamin Melina yang bersanding bersendirian tanpa suami. - Kredit foto: Tribunnews.com


Bagi mengelak malu besar kepada keluarga, pengantin perempuan nekad untuk meneruskan majlis perkahwinan tersebut. 

Pernikahan yang dilangsungkan dalam suasana menyedihkan hati wanita itu yang bernama Ni Putu Melina, 22, berasal dari Banjar Banda, Desa Saba, Kecamatan Blahbatuh, Kabupaten Gianyer, Bali, Indonesia diadakan juga tanpa kehadiran bakal suaminya.

Sebagai menggantikan 'suaminya' pengantin perempuan menjadikan sebilah keris sebagai pengganti. Malah ia juga dijadikan sebagai simbolik menggantikan suaminya pada 12 Januari 2022 lalu. 



Kisah majlis persandingan berkenaan menjadi tular apabila video wanita kejadian bernikah tanpa suaminya dan pengantin lelaki terpaksa digantikan dengan sebilah keris sebagai simbol.

Memetik laporan Tribunnews.com pada 16 Januari 2022 berkata, kejadian tersebut akibat pengantin lelaki secara mengejut membatalkan perkahwinnya dengan Melina yang bakal diadakan dua hari lagi.


Melina (dua dari kanan) bersama sanak saudara di majlis perkahwinan tanpa suami. - Kredit foto: Tribunnews.com


Menurut sumber terdekat, pengantin lelaki berkenaan yang tinggal tidak jauh dari kampung Melina dikatakan tidak mahu tinggal bersama dengan keluarga Melina selepas mereka berkahwin. 

Perkara tersebut menjadi kelaziman bagi pasangan baharu untuk mengikut adat resam masyarakat Bali. Keadaan itu menyebabkan pengantin lelaki mengubah fikiran dan membatalkan perkhwinan mereka.

Biarpun bersendirian Melina tetap melangsungkan meskipun tanpa suami berikutan segala persiapan serta kelengkapan majlis itu sudah siap diatur sejak berbulan lalu.


Kredit foto : Tribunnews.com


‘’Bayangkan betapa malunya saya jika majlis pernikahan saya dibatalkan secara mengejut. Lagipun kad jemputan sudah diedar selain makan minum untuk tetamu telah ditempah.

 ‘’Dalam hal ini, daripada saya dan keluarga saya menanggung malu adalah lebih baik saya meneruskan saja majlis perkahwinan saya pada hari itu, biarpun saya ‘berkahwin’ tanpa suami,’’ terang wanita berkulit putih itu yang reda dengan takdir yang ditetapkan.


 kredit foto :Tribunnews.com


Sementara itu, ayah Melina, Ketut Suwardita mengatakan bahawa video pernikahan anaknya tanpa pengantin lelaki telah tersebar dalam media sosial baru-baru ini.

Melina dan keluarganya bagaimanapun menegaskan mereka terpaksa melakukan majlis berkenaan dan terpaksa menerimanya selepas  video berkenaan menjadi tular.

Suwardita berkata, kejadian yang memalukan itu merupakan pengalaman yang teramat pahit dalam hidupnya dan dijadikan pengajaran kepada wanita lain yang mencari pasangan suaminya.

’Kami ingin menjadikan pengajaran kepada anak-anak gadis supaya lebih berhati-hati mencari pasangan rumah tangga. Supaya ia tidak terjadi ke atas diri mereka seperti yang dialami anak saya (Melina),’’ katanya.

Suwardita memberitahu Melina dengan teman lelaki itu telah bercinta lama. Malah, banyak kali bergaduh dan mereka sudah beberapa kali putus hubungan. Namun hubungan cinta mereka tetap disambung semula.


Kredit foto : Tribunnews.com


‘’Semasa mereka berbaik semula, lelaki itu bersetuju dan berjanji akan tinggal bersama keluarga saya selepas dia berkahwin dengan Melina nanti.

"Tetapi bakal suami anak saya itu mengubah fikiran dan membatalkan pernikahannya pada saat-saat akhir dengan alasan dia tidak mahu tinggal bersama keluarga saya selepas dia bernikah dengan Melina,’’ kata Suwardita. - KitaReporters


MELINA (tengah berdiri di belakang) bersama ahli keluarganya dan saudara maranya yang hadir di majlis persandingannya pada 12 Januari 2022. - Kredit foto: Tribunnews.com

 

9
12
0
14
0
You will be interested