Gaya Hidup 21 Mar, 2021

Pertandingan Igak Ike Darat! Program tangkap ikan darat dalam selut di Kampung Lak Lok, Jertih

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.

Share this

Sebahagian remaja yang menyertai program menangkap ikan darat bergelumang dengan selut


KETIKA warga kota sibuk dengan permainan gajet, penduduk desa pula teruja bermain lumpur dengan aktiviti menangkap ikan di sawah, parit dan sungai yang menjadi amalan aktiviti tradisional yang tidak luput ditelan zaman.

Keheningan pagi di Kampung Lak Lok, dekat Jertih, Terengganu bertukar riuh dengan suara penduduk kampung yang mengambil bahagian dalam pertandingan Igak Ike Darat (menangkap ikan darat) di sawah kampung tersebut pada Sabtu, 20 Mac 2021.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan menangkap ikan:

https://kitareporters.com/search?search=menangkap+ikan


Peserta sanggup bermandi lumpur ketika menyertai pertandingan menangkap ikan darat.


Pertandingan bermula seawal jam 8 pagi itu terbuka kepada semua daripada pelbagai peringkat umur dan golongan termasuk kanak-kanak, remaja dan orang dewasa.

Pertandingan anjuran Pemuda UMNO Kampung Lak Lok Dalam, Tok Motong, Lak Lok Luar dan Persatuan Penduduk kampung terbabit menguji ketabahan peserta dengan bermandi lumpur untuk mendapatkan hasil tangkapan ikan darat.

Pengerusi penganjur, Roskalmizi Arifin berkata, Program Timba Ikan Darat itu berjaya menarik minat peserta setempat terutama kalangan remaja dari kampung-kampung berhampiran

Katanya, disebabkan keadaan lokasi program agak sempit pihaknya mengehadkan hanya 50 peserta sahaja untuk menyertai pertandingan menangkap ikan darat dalam sawah padi

Beliau berkata, jika tidak kerana pandemik COVID-19 pihak penganjur akan membuka peluang lebih ramai peserta mengambil bahagian tetapi jumlah peserta terpaksa dikurangkan.


Pelbagai spesis ikan darat yang ditangkap peserta di sawah padi Kampung Lak Lok, Jertih


“Menariknya program ini peserta terutama golongan remaja begitu teruja apabila terpaksa bermandikan selut untuk menangkap dan mengejar ikan dalam sawah,” katanya.

Beliau berkata, kebetulan kemarau sedang melanda negeri ini dengan kebanyakan sawah hampir kering dan terdapat banyak ikan terperangkap dalam takungan air di sawah.


Aksi peserta ketika menyertai pertandingan menangkap ikan darat


Katanya, program itu bertujuan mengajak golongan remaja masa kini mendekati aktiviti menangkap ikan di sawah yang sebelum ini menjadi amalan orang dulu-dulu pada setiap tahun apabila sawah kering dilanda kemarau.

Aktiviti itu bertambah meriah dengan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Jertih, Datuk Muhamad Pehimi Yusof yang sempat hadir menyaksikan gelagat peserta menangkap ikan sebelum beliau menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan.

“Penganjur mendapat maklum balas yang amat mengalakkan dari peserta dan orang ramai yang mahu supaya aktiviti itu diadakan lebih kerap sebagai aktiviti komuniti,” katanya. - KitaReporters


Muhamad Pehimi menyampaikan hadiah kepada seorang peserta

 

 

You will be interested

Penduduk Terengganu bimbang! Rentas negeri balik raya di kampung! Kes COVID-19 meningkat kembali!

Penduduk Terengganu resah, bimbang kemungkinan kes wabak COVID-19 kembali meningkat, menular lebih luas jika ramai perantau di Lembah Klang kembali di kampung

Mohammad Ishak in Gaya Hidup 6 days ago

Video| Selepas Yuna, giliran Layla Sania pula! Hiasi papan iklan digital Times Square, New York!

Layla Sania bukan sahaja cipta nama di Cina tetapi lebih banggakan wajahnya terpampang pada papan iklan digital di Times Square, New York seperti dialami Yuna
Fariza Saidin in Gaya Hidup 2 days ago

Apabila jiran sepakat bawa berkat! Gerobok Makanan Taman Danau Kota meriah dan terus bertahan!

Gerobok Makanan Taman Danau Kota di Setapak, Kuala Lumpur bukan sahaja terus bertahan beri sumbangan kepada yang memerlukan tapi terus terima pelbagai sumbangan
Ahmad Abd Hamid in Gaya Hidup 2 days ago

Video| Masya Masyitah pelapis Shila Amzah! Harumkan Malaysia di China! Kini ada single Mandarin!

Dulu, Shila Amzah sebagai antara satu-satunya penyanyi popular berkebolehan nyanyi dalam bahasa Cina, kini muncul Juara Yippi Star Quest 2020, Masya Masyitah
Fariza Saidin in Gaya Hidup 4 days ago

Ayuh Malaysia! Berlari, berkayuh maya dengan SAM! Jom sokong atlet Sukan Olimpik Tokyo kita!

Sempena Sukan Olimpik Tokyo 2020, SAM ambil inisiatif anjurkan 'SAM Virtual Run & Ride' (Larian dan Kayuhan Maya SAM) sebagai tanda sokongan kepada atlet negara
Abdul Hafiz Ahmad in Gaya Hidup 4 days ago