Seni & Sukan 17 Mar, 2021

Dilaknat Rasulullah lelaki serupai wanita! Ustaz Firdaus tegur Azhan Rani gurau pakai telekung

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. šŸ“§: [email protected]

Share this


PERBUATAN pelakon popular, Azhan Rani memuat naik gambarnya dalam Instagram dengan berpakaian telekung sempena Hari Wanita Sedunia pada setiap 8 Mac, ditegur oleh pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung

Walaupun hantaran Azhan itu dilihat untuk menegur, bergurau atau menyindir golongan transgender, namun menurut Firdaus ia tetap salah. Jelas Firdaus, perbuatan tersebut dilaknat oleh Rasulullah SAW.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Azhan Rani:

https://kitareporters.com/search?search=azhan+rani



Dakwa Firdaus lagi, banyak lagi cara lain yang patuh syariah untuk menegur golongan tersebut.

ā€œPerbuatan yang dilaknat oleh Rasulullah SAW jugalah segelintir Muslim suka lakukan dan segelintir Muslim rasa tiada apa-apa sekadar gurauan.

ā€œRasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang menyerupai perempuan dan orang yang menyerupai kaum lelaki daripada kalangan perempuan.ā€ (HR Bukhari No 5885)

ā€œMungkin niat saudara Azhan mahu menegur ā€˜perempuanā€™ tiruan tetapi saya yakin ada cara yang lebih baik atau patuh syariah untuk melakukannya. Sebagaimana tidak wajar seorang wanita berhijab berlakon lalu membuka hijabnya kerana mahu menegur ā€˜lelakiā€™ tiruan, begitu juga tidak wajar seorang lelaki melakukan perkara yang sama,ā€ ujar Firdaus.



Malah menurutnya, dia melihat situasi itu semakin berleluasa terutama dalam rancangan komedi atau lawak yang ditayangkan di kaca televisyen. Tegasnya, tidak salah untuk bergurau tetapi ada batasannya.

ā€œPerkara sebegini juga berleluasa dalam rancangan hiburan lain seperti Maharaja Lawak dan program-program seumpamanya. Saban tahun mereka melakukannya tanpa rasa bersalah atas alasan sekadar gurauan dan hiburan.

ā€œMenormalisasi sesuatu yang dilaknat oleh Rasulullah SAW? Islam membenarkan gurauan tetapi ada adab dan batasnya. Belajarlah wahai saudara seimanku. Semoga Allah mengampuni kekhilafan kita dan kurniakan ilmu bermanfaat buat kita semua untuk menjadi hamba yang lebih bertaqwa,ā€ nasihatnya kepada orang ramai.

Sementara itu, rata-rata netizen bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Firdaus. Namun, ada juga yang sebaliknya kerana melihat mesej positif yang disampaikan oleh pelakon tersebut.




Wahai netizen, biarlah orang yang arif dan pakar dalam bidang mereka menentukannya. Bak kata orang, niat tidak menghalalkan cara! - KitaReporters

1
0
4
1
3
You will be interested