Seni & Sukan 01 Jul, 2021

PPN: Terengganu benarkan solat Jumaat, berjemaah! Juga solat sunat Aidiladha, ibadat korban!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

GAMBAR hiasan... Solat Jumaat, berjemaah dan solat sunat Aidiladha dibenarkan di masjid dan surau di Terengganu.


SELEPAS Perlis dan Pahang, kini Terengganu mengikut jejak langkah negeri berkenaan membenarkan umat Islam negeri itu untuk melakukan solat berjemaah dan solat Jumaat berkuat kuasa pada 1 Julai 2021 dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Bagaimanapun, kebenaran itu dihadkan kepada 40 orang untuk solat Jumaat dan 12 orang untuk solat fardu di masjid dan surau.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan solat berjemaah

Osman Muda


Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Datuk Osman Muda berkata, jumlah itu tidak termasuk pegawai dan ahli Jawatankuasa masjid dan surau terbabit. 

Katanya, kebenaran itu juga hanya terpakai untuk penduduk yang tinggal dalam kawasan Fasa 1 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyeluruh dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Manakala mereka yang tinggal dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) solat Jumaat dan solat berjemaah adalah tidak dibenarkan,” katanya dalam satu kenyataan media pada Khamis 1 Julai 2021.

Perkara itu sudah mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin bagi tempoh Fasa 1 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyeluruh dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).



Selain itu, katanya, mana-mana masjid dan surau yang dikenakan arahan penutupan di bawah seksyen 18(1)(d) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) tidak dibenarkan melaksanakan apa-apa aktiviti sepanjang tempoh penutupan.

Beliau berkata, MAIDAM juga turut membenarkan pelaksanaan ibadat korban, akikah dan solat sunat Aidiladha di negeri ini sepanjang tempoh pelaksanaan PPN.



Katanya, jumlah korban pula hanya dihadkan kepada lima ekor haiwan sahaja sehari di sesuatu kawasan kecuali di rumah penyembelihan yang dibenarkan. Manakala semua petugas terbabit hendaklah berada dalam keadaan kesihatan yang baik. 

"Pelaksanaan ibadat korban dan akikah dibenarkan dan boleh dilakukan sama ada di Rumah Penyembelihan (Abbattair) Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Terengganu dan Rumah Penyembelihan Ruminan Swasta yang dilesenkan oleh DVS, pekarangan masjid atau surau, dan di kawasan lapang seperti padang tetapi perlu mendapat kebenaran Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).” katanya. - KitaReporters


15
4
2
3
3
You will be interested