Gaya Hidup 27 Apr, 2022

Terima kasih YB! Pinjamkan katil boleh laras! Hadiah ulang tahun kelahiran, hari raya Aidilfitri!

@mohamed sa'ari
Berpengalaman sebagai jurufoto media dan still filem selama lebih 30 tahun. Pernah menjadi videographer untuk industri filem tanah air dalam tahun 90an. Terakhir sebagai stringger akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo.

Share this

Keadaan Yaakob Abdullah yang terlantar di katil akibat kecederaan parah bahagian pinggul selepas terlibat dalam kemalangan jalanraya.

SEORANG isteri di Taman Tenang Jaya, Labis, Johor menzahirkan rasa syukur selepas hasratnya untuk mendapatkan katil boleh laras bagi memudahkan kerja-kerja menguruskan suaminya yang terlantar akibat kemalangan jalan raya menjadi kenyataan dan lebih bermakna katil yang dihajati diterima pada tarikh ulang tahun kelahiran suaminya pada 25 April 2022.  

Maimunah Abdul Ghani, 62, menyifatkan katil yang dipinjamkan oleh Pusat Khidmat DUN Tenang itu bukan sahaja sebagai 'hadiah' ulang tahun kelahiran ke-64 suaminya sahaja, tetapi sebagai 'hadiah' hari raya buat keluarganya selain mampu mengubat kesedihan yang terpaksa menyambut kedatangan Aidilfitri tahun ini dalam keadaan suaminya yang terlantar di atas katil.


Lagi cerita-cerita menyayat hati berkaitan pesakit terlantar

Haslinda Salleh (tengah) menenangkan Maimunah yang sedih melihat keadaan suaminya Yaakob Abdullah yang  hanya mampu terlantar di katil.


"Katil boleh laras ini amat diperlukan bagi tujuan menguruskan suami saya  yang hanya mampu terlantar di atas katil selepas mengalami kecederaan parah di tulang pinggulnya ekoran kemalangan jalan raya.  

"Saya amat bersyukur kerana permohonan saya untuk mendapatkan bantuan katil ini dari Pusat Khidmat ADUN Tenang tidak mengambil masa yang lama iaitu kira-kira lima hari sahaja," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Tenang Jaya, Labis, Johor. 


Maimunah ( tiga dari kiri) menunjukkan keadaan suaminya kepada ADUN Tenang, Haslinda Salleh (dua dari kiri) ketika menerima katil dari Pusat Khidmat ADUN Tenang di rumahnya di Taman Tenang Jaya, Labis, Johor.


Menurut Maimunah  lagi, suaminya Yaakob Abdullah, 64,  terlibat dalam satu kemalangan jalan raya dengan sebuah kereta ketika menunggang motosikal untuk pulang ke rumah selepas berbelanja di Pekan Tenang Stesen pada 27 March 2022 lalu. 

Dia turut memaklumkan, tanpa katil boleh laras itu, agak sukar baginya untuk menguruskan keperluan suaminya yang tidak mampu menggerakkan anggota badan dari paras pinggang ke bawah selepas menjalani pembedahan memasang kepingan besi pada bahagian pinggulnya.

Katanya, selepas menggunakan katil tersebut kerja-kerja menguruskan keperluan suaminya menjadi semakin mudah kerana tidak perlu mengangkat dan membangunkan suaminya ketika menguruskan keperluannya setiap hari.  

Yaakob yang bekerja di kilang papan dan pengawal keselamatan secara sambilan sebelum ini terpaksa bergantung kepada hasil bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menampung kos rawatan ekoran kemalangan tersebut. 


ADUN Tenang, Haslinda Salleh turut menghulurkan sumbangan peribadi bagi meringankan beban ditanggung keluarga Yaakob. 

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri, (ADUN) Tenang, Haslinda Salleh ketika dihubungi berkata, katil diberikan kepada Yaakob bukan pemberian secara kekal, sebaliknya bantuan tersebut berkonsepkan 3P iaitu pinjam, pakai dan pulang di mana pinjaman perlu memulangkannya semula selepas kembali sihat nanti.

"Kami memperkenalkan konsep ini bagi mengelakkan berlaku pembaziran kerana penerima  mungkin tidak memerlukan katil tersebut selepas sihat nanti dan ia boleh dimanfaatkan kepada individu lain yang memerlukan pada masa akan datang kerana ia tidak mudah rosak dan boleh digunakan semula. 

"Dengan cara ini kita bukan sahaja boleh berjimat dan mengelakkan pembaziran, malah penerima akan menghargai serta menjaga dengan baik barang  yang diterima dan lebih ramai akan menerima manfaat," katanya. - KitaReporters


Katil boleh laras yang dipinjamkan oleh Pusat Khidmat ADUN Tenang kepada Yaakob Abdulah yang terlantar akibat kemalangan jalan raya. 

17
10
0
12
0
You will be interested

Video| Ke laut! Rosak lagu Tiara! Sedap ketika rekod tapi lain pula jadinya apabila nyanyi live!

Ketika rekod kedengaran sedap namun bila nyanyi live di depan penonton terus ke laut kedengarannya. Itu yang terjadi kepada penyanyi muda Indonesia, Raffa Affar

Video| Keistimewaan Stadium Sultan Mizan? Ada ‘sungai’! Boleh tonton sambil berendam, mandi-manda!

Tidak terdapat pada mana-mana stadium bola sepak di dunia kecuali di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Penonton sempat ‘berendam, mandi manda dalam ‘sungai’
Rodli Nayan @ Rodly Fadly in Gaya Hidup 7 hours ago

Video| Takut kena saman? Cuba ini! Wanita guna coli, seluar dalam tutup nombor plat motosikal!

Gara-gara takut kena tindakan atas kesalahan trafik, seorang penunggang motosikal tutup nombor plat gunakan coli warna kelabu, seluar dalam warna merah jambu
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 8 hours ago