Alhamdulillah semakin ramai golongan selebriti melakukan ibadah korban kerana memperoleh lebihan rezeki. Namun yang paling diberi perhatian ialah selebriti Noor Neelofa Mohd Noor.
Neelofa, 33, sudah melakukan ibadah korban sejak beberapa tahun lalu.
Namun ibadah korban tahun 1443H/2022M ini paling diberi perhatian kerana sebelum ini Neelofa melakukan sendirian.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan lembu korban
Tetapi pada Aidiladha tahun 2022 ini, Neelofa melakukan ibadah korban bersama suaminya, Muhammad Haris Mohd. Ismail, 27, atau PU Riz. Mereka berkahwin pada 28 Mac 2021.
Melalui yayasannya iaitu Pertubuhan Kasih Neelofa, sebanyak 15 lembu dikorban dan diagih kepada pihak yang memerlukan di empat negeri iaitu Perak, Kedah, Selangor dan Kelantan.
Tujuh ekor untuk negeri kelahirannya, Kelantan. Bagi acara korban di negeri kelahirannya, Kelantan, ia telah diadakan pada Rabu, 13 Julai 2022.
Neelofa dan suami mengorbankan 7 ekor termasuk dua ekor lembu sado jenis Charolais masing-masing seberat satu tan.
Lembu-lembu sado itu dikorbankan pada Majlis Korban Perdana, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan di Ibu Pejabat Balai Bomba Tunjong pada Rabu, 13 Julai 2022.
Dalam majlis Korban Perdana itu, 20 anggota bomba serta 700 golongan asnaf mengambil bahagian dan menerima agihan daging berkenaan.
Sementara itu, menurut Pengarah JBPM Kelantan, Zainal Madasin, kerjasama antara pihaknya dengan Pertubuhan Kasih Neelofa itu bukanlah kali pertama.
Sebelum ini, pihaknya pernah berkerjasama dalam dua program besar melibatkan misi bantuan awal banjir di Pasir Mas dan Program Mobilisasi Vaksin Komuniti di Gua Musang baru-baru ini. - KitaReporters