Seni & Sukan 25 Jun, 2022

Video| Woi! Bangunlah! Beri tempat duduk kepada ibu mengandung! Wanita hamil kongsi pengalaman!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


JIKA kita lihat di hadapan kita golongan warga emas, orang kelainan upaya (OKU) dan ibu yang mengandung pasti keutamaan tempat duduk dalam kenderaan awam akan diberikan kepada mereka.

Tempat duduk khas untuk mereka juga disediakan bagi memberi ruang kepada mereka untuk duduk. Namun berbeza dengan kisah seorang wanita ini yang tular ini.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan ibu mengandung


Dalam sebuah perkongsian yang dibuat dlama TikTok, wanita ini yang sarat hamil meluahkan rasa kesal dengan sikap dan tindakan segilintir masyarakat yang menaiki pengangkutan awam.

Ini kerana, beliau tidak diberikan tempat duduk oleh mereka khususnya lagi-lagi yang duduk di atas kerusi yang dikhaskan kepada golongan ini. Ini terjadi kepada dirinya yang sudah memakai tag pada beg miliknya memberitahu dia ibu mengandung.

Namun tidak dipedulikan oleh masyarakat sekitar yang melihat dirinya yang sedang sarat mengandung. 



"Bila duduk priority seat kenalah aware dengan surrounding, jangan ignorance sangat. Penat tauu hari hari nak mintak seat. Ada pregnant tag, perut besar pun diorang buat tak nampak. Orang tua lagi la kesian."

Rata-rata netizen berasa sangat geram dan marah dengan situasi yang terjadi kepada wanita ini.

Menurut netizen, tindakan pengguna pengakutan awam yang sangat mementingkan diri ini dan tidak boleh memikirkan diri orang lain sangat tidak berhati perut.

Bukan itu sahaja, ada juga dalam kalangan mereka yang menceritakan kisahnya yang mengalami pengalaman sama di mana penumpang lain yang sengaja melihat telefon dan macam tak nampak mereka. - KitaReporter


15
11
0
7
0
You will be interested