Seni & Sukan 07 Jul, 2022

Video| Isu telur! Macam-macam hal! Ada suami tak tahu susun telur! Habis berselerak, tak teratur!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


Hal kebajikan rumah tangga dalam pengurusan bahan mentah atau apa sahaja selalunya akan diuruskan oleh seorang isteri di rumah.

Namun, kadangkala suami yang mempunyai hasrat untuk membantu memberi satu gelagat yang sangat menggelikan hati kerana jarang-jarang membantu.

Begitu juga dengan seorang isteri yang geli hati melihat suaminya menyusun telur ayam di dalam peti ais yang dilihat sangat mencuitkan hati.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan telur-telur


Video Tiktok ini dikongsikan oleh isteri selepas melihat telur-telur itu yang disusun dalam peti ais dengan keadaan berselerak. Rupa-rupanya si suami menyusun di tempat telur yang terbalik ke arah bawah sehingga ia tidak teratur.

Ini menyebabkan isterinya sangat geli hati dengan tindakan si suami ini! 



Rata-rata netizen yang melihat video ini geli hati dengan tindakan si suami ini. Bukan itu sahaja, ada juga yang baru tahu bahawa tempat telur itu terbalik.

Tak tahu nak gelak atau tepuk dahi!! - KitaReporters


10
13
0
12
0
You will be interested